tag:blogger.com,1999:blog-1573540456405580162024-03-05T16:49:56.263-08:00MY STORY...MATI HIDUP SEMULAAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.comBlogger19125tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-22279277498796101452013-12-23T05:16:00.001-08:002013-12-23T05:16:56.780-08:00My Story ...Roslaila Puspa Deraman Pt 21Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Begitu lama saya tidak menulis kerana sememangnya sibuk dengan bidang bidang yang baru sahaja saya ceburi. Selain dari menjadi Penyedia Latihan ( Training Provider ) , saya telah pun berjinak-jinak dengan on line business menjual Biskut Semperit .https://www.facebook.com/biskutsemperitcrunchy. Perniagaan ini terjadi tanpa di duga apabila saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang sedang mencari seseorang untuk membantu mereka memasarkan produk makanan mereka. Alhamdulillah....sambutan terhadap Biskut Semperit Crunchy amat memberangsangkan. Rasanya memang sedap...dan sangat rangup. Malahan semua pelanggan yang mencuba pasti akan berpuas hati dengan rasa Biskut Semperit Crunchy yang saya pasarkan. Kadang-kadang terasa lucu juga kerana saya belum sempat lagi menampal sticker jenama Puspa - tetapi Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan saya terpaksa menjual Biskut Semperit Crunchy tanpa sticker jenama . Saya benar-benar bersyukur kerana semenjak melancarkan on line business ini minggu lepas...pesanan yang di terima tdak pernah putus. Disebabkan Biskut Semperit ini baru sahaja diperkenalkan, jadi saya menawarkan untuk membuat penghantaran di sekitar daerah Lembah Kelang. Ada pelanggan yang sedang menunggu masa untuk bersalin...tetapi apabila melihat gambar biskut semperit di dalam fan page , beliau meminta saya menghantar secepat mungkin . Ada juga pelanggan yang berada di dalam pantang, teringin untuk menikmati kerangupan dan kesedapan Biskut Semperit . Banyak juga pengalaman yang saya dapat apabila membuat penghantaran. Setiap ceruk Kuala Lumpur saya terokai. Terima kasih 'waze'- tanpa bantuanmu, tidak mungkin saya bisa menemui jalan-jalan pintas di Kuala Lumpur !!! Memang seronok apabila setiap pelanggan berpuas hati dengan Bskut Semperit Crunchy. Dan saya juga akan memperkenalkan Crispy Mini Samosa tidak lama lagi.Saya yakin setiap usaha yang saya lakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh - sungguh akan dipermudahlan Allah. Ya Allah....permudahkan lah usahaku untuk membantu pasangan ini menjana pendapatan yang lebih. Bantulah kami Ya Allah.

Selain itu, saya juga telah menceburi bidang saham. Saya benar-benar bersyukur kerana saya dipertemukan dengan Hj Asri - Mentor Saham No 1 di Malaysia. Banyak elmu yang saya pelajari . Melalui Hj Asri, saya dipertemukan pula dengan Dr Nazri Khan - Head of Retail, Affin Bank, seorang Hamba Allah yang sangat rendah diri, mempunyai pengalaman yang sangat menakjubkan didalam bidang saham bukan sahaja di dalam Malaysia- malah tentang ekonomi dunia. Beliau mengajar dan berkongsi elmu pelaburan tanpa rasa penat. Niat beliau hanya satu- ingin membantu lebih ramai orang mempelajari elmu pelaburan saham dan 'membuat duit' melalui pelaburan saham.

Esok...saya akan berbincang tentang satu lagi peluang perniagaan ....Ya Allah...Hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki , Engkau Penentu Segalanya. Hanya padaMu aku meminta dan hanya padaMu aku berserah. Mudahkanlah segala urusan ku di dunia dan di akhirat...Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-28557741031817727382013-12-09T06:30:00.000-08:002013-12-09T06:30:08.179-08:00My Story...Roslaila Pusoa Deraman. Pt 20Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi di beri peluang untuk hidup dan dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang melanda, tetapi setiap dari kita perlu tabah kerana kita tahu - dunia ini adalah pentas ujian. Kita perlu bandingkan apa yang kita masih punya berbanding dengan mereka yang di timpa musibah. Kejadian banjir yang paling besar di Kuantan benar-benar memeranjatkan. Ramai yang kehilangan harta benda - rumah di masuki air hingga ke bumbung, kereta rosak, peralatan rumah apatah lagi. Bertubi-tubi kita mendapat sms dan whatsapp untuk meminta bantuan , samada dari orang perseorangan mahupun dari badan-badan kebajikan. Saya pasti ramai yang ikhlas membantu dan ada juga yang mengambil peluang di atas musibah ini. Tapi saya rasa sebagai penderma, kita dermalah mengikut kemampuan seikhlas mungkin. Besar ganjarannya disisi Allah bila kita menderma dengan ikhlas.

Semenjak tidak lagi bekerja di syarikat - saya berpeluang untuk berkenalan dengan ramai insan-insan baru . Saya berpeluang untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri yang muda , punyai 3 orang anak yang masih kecil. Sang Suami seorang yang punyai semangat juang yang amat tinggi untuk merubah hidup keluarga. Walaupun asalnya hanya seorang posmen, tetapi di sebabkan semangat yang tinggi untuk berjaya, beliau menyambung pelajaran hingga ke peringkat Master dan berjaya mendapatkan MBA. Bukan semua orang mampu lakukannya. Sehinggalah beliau berjaya mempunyai perniagaan sendiri . Sekarang beliau dan isteri mempunyai Syarikat Penyedia Latihan dan juga 2 Taska .Pada mulanya saya tidak tahu dugaan besar yang dilalui oleh anak muda ini. Setiap kali bertemu, kami hanya berbincang tentang projek-projek tentang Latihan yang bakal kami lakukan untuk tahun 2014. Beliau ada bercerita tentang anak keduanya yang sakit , tetapi saya tidak tahu bagaimana teruk sakit anaknya. Kami asyik berbincang tentang projek-projek yang perlu kami siapkan. Sehinggalah suatu hari saya bertemu dengan isteri dan anak-anaknya. Mulanya saya tidak tahu mengapa beliau mengelak untuk berjumpa di Pusat Membeli Belah , dan meminta untuk berjumpa di tempat-tempat biasa. Apabila berjumpa bersama anak-anaknya, saya lihat anak-anaknya semuanya normal seperti kanak-kanak lain. Tetapi beliau dan isteri nampak sedikit gusar dan sentiasa memerhatikan anak keduanya. Kerana saya dan beliau hendak berbincang, maka isterinya lah yang perlu menjaga ketiga-tiga anaknya . Sedang saya sibuk menunjukkan website syarikat yang hampir siap, tiba-tiba sahaja anak ke duanya jatuh pengsan . Terkejut saya. Itulah pertama kali saya melihat kanak-kanak yang diserang sawan. Si isteri pantas memeluk anaknya dan dibacakan ayat-ayat Al Qur'an dan di tiupkan ke telinga anaknya sehingga anaknya kembali tenang. Innalillahiwainna ilaihi rooji'un. Besar sungguh dugaan mereka. Tetapi pasangan ini agak tenang menangani masalah ini. Di sebabkan saya mempunyai satu lagi temu janji, saya meminta izin untuk beredar meninggalkan pasangan muda itu bersama anak-anak mereka. Saya panjatkan doa pada yang Esa semoga anaknya itu cepat sembuh dan pulih seperti kanak-kanak yang lain. Hati saya memang tersentuh. Tak henti -henti saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana saya dan suami tidak di duga Allah dengan dugaan sebegitu. Anak saya Nina yang dulunya disahkan mengalami Bell's Palsy, alhamdulillah kini telah pulih sepenuhnya.

Saya telah pun memperkenalkan pasangan ini kepada Tuan Haji di Beranang.Semoga Allah permudahkan usaha pasangan ini untuk menyembuhkan anaknya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-42755220933012450742013-11-30T07:17:00.001-08:002013-11-30T07:17:07.050-08:00My Story ...Roslaila Puspa Deraman Pt 19Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah di atas setiap nikmat yang di anugerahkan oleh Nya. Setelah 5 hari berhempas pulas belajar dan menimba elmu untuk menjadi seorang Certified Trainer pada usia 45 tahun, akhirnya sesi latihan dan sesi penilaian berjaya saya tempuhi . Pada saat ini saya boleh senyum dengan lega kerana 'assignment' akhir pun saya telah berjaya emelkan kepada Trainer saya - Mr. KD.

Semalam - Sime Darby Convention Centre menyaksikan saya dan rakan-rakan seperjuangan menitiskan airmata mengucapkan tanda terima kasih yang tak terhingga kepada Trainer kami - KD seorang yang sangat berpengalaman di dalam bidang training. Walaupun sudah agak berusia, KD tetap bersemangat memberi sesi latihan dan membuka minda saya kepada sesuatu yang baru. Berwatakan kebapaan, menyebabkan timbul rasa hormat yang mendalam terhadap beliau. Beliau sanggup menunggu kami setiap hari . Walaupun sesi latihan berakhir pukul 5 petang, ramai di antara kami 'stay back' untuk menghabiskan 'assignment' yang di beri .Tambahan pula kami di nilai melalui sesi peperiksaan selama 2 jam dan juga 'Presentation Skill' di mana kami di minta untuk menyediakan satu 'Presentation' . Walaupun saya sudah biasa membuat 'presentation' tetapi apabila kami akan di nilai oleh 2 orang Penilai yang sangat berpengalaman, hati saya turut gementar . Bak kata arwah mak saya - ' Too many butterflies in the stomach'. Walaupun sudah banyak sesi latihan yang telah saya laksanakan, tetapi apa yang saya pelajari 5 hari yang lepas amat saya hargai. Walaupun saya merupakan pelajar paling veteran dalam kelas sehinggakan ada yang memanggil saya dengan panggilan Bonda - tetapi 'anak-anak' saya semuanya sporting dan sentiasa meminta untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Kami bagaikan sebuah keluarga yang besar. Walaupun kami berlainan bangsa - ada Melayu, berbangsa Tiong Hua , India dan seorang pelatih dari Iran, tetapi kami amat mesra. Keletah pelatih-pelatih muda mengingatkan saya kepada semua adik-adik saya yang masih berada di syarikat saya bekerja dulu. Cara kami bergurau, mengusik dan memberi komen-komen mengembalikan kenangan semasa saya bekerja dulu. Semalam, selepas selesai semua 'Presentation' , kami bercadang untuk mengadakan 'Party' perpisahan. Terbiasa untuk mengendalikan acara, saya mula berbincang dengan Banquet Manager , 'negotiate' untuk menu, harga dan sebagainya. Pengalaman dari syarikat menyebabkan semuanya berjalan lancar. Bila tiba masa untuk ber'party' semuanya sudah tersedia !!!! Ex Sales Support Manager lah katakan...

Isnin...akan bermula hidup sebagai seorang Certified Trainer....walaupun sebelum ini Qualified Trainer...tetapi syukur yang tak terhingga kerana walaupun pada usia yang agak senja, saya masih boleh mencapai satu lagi kejayaan besar dalam hidup sebagai Certified HRDF Trainer. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Semoga di permudahkan usaha saya untuk berkongsi elmu anugerah Allah ini dengan lebih ramai mereka yang memerlukan.

Selamat Malam semua....Sweet dreams...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-85401914514603210122013-11-18T07:01:00.001-08:002013-11-18T07:01:11.756-08:00My Story....,Roslaila Puspa Deraman Pt 18Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Agak lama juga saya tidak menulis. Disamping saya mula sibuk menyediakan modul- modul latihan , saya juga menghadiri kelas pelaburan saham. Alhamdulillah , setakat hari ni saya berjaya mencetak empat angka dalam masa tak sampai sehari. Alhamdulillah.... Syukur kepada Mu Ya Allah. Walaupun tanpa gaji yang tetap, tetapi rezeki dari Allah tidak pernah putus.

Hari ini saya sampai di Tawau , Sabah setelah berapa lama tidak ke sini. Tapi hari ini jugalah saya menaiki pesawat yang berlepas dari LCCT setelah beberapa tahun tidak berlepas dari Terminal Sibuk ini. Selama bertugas di syarikat, saya lebih biasa menaiki pesawat dari KLIA dan memang arif tentang jadual penerbangan dan juga lama masa yang dibenarkan untuk 'check-in'. Hari ini, saya di duga oleh Allah apabila saya tiba sejam lebih awal dari waktu berlepas dan mula beratur mengikut Kaunter R52 sebagaimana yang tertera di skrin informasi. Ramai sungguh yang beratur bersama saya , kebanyakannya bersama keluarga. Mungkin untuk melancong sempena cuti sekolah ini...ialah...Now Everyone Can Fly....

Tetapi...agak terkejut saya di buatnya apabila tiba di Kaunter, saya diberitahu bahawa penerbangan ke Tawau pukul 10.40 pagi telah ditutup lima minit yang lepas !!! Masya Allah - sepanjang hayat saya menaiki pesawat , saya tidak pernah lewat . Dan saya terpaksa beratur lagi di kaunter servis untuk mendapatkan tiket baru untuk penerbangan pada 12.15 tengahari. Aduuhhh....saya terpaksa juga menambah bayaran hampir RM 300.00 !!! Inilah penangan - Now everyone can fly.....

Tapi saya redha....ini dugaan untuk saya. Apabila mendapatkan pas masuk untuk penerbangan pada pukul 12.15 tengahari, saya terus menuju ke Boarding Area walaupun jam baru menunjukkan jam 10.40 pagi. Saya terus menuju ke Cafe dan menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk melihat balik slides-slides yang saya telah sediakan untuk program pada 19hb. Tepat jam 11.35 pagi, saya terdengar satu pengumuman - AK 5748 ke Tawau sedia untuk berlepas...terkejut besar saya. Wah....45 min sebelum penerbangan semua penumpang di minta beratur untuk berlepas...biar betul ni..bisik saya. Tanpa berlengah...saya terus beratur dan berjalan beramai-ramai menuju ke pesawat. Yang bagusnya.....saya dengan tidak sengaja telah berjaya berjalan kaki untuk jarak yang agak jauh - 'exercise' . Wah...ini mesti kena di war warkan ni - faedah yang kita boleh dapati apabila kita menaiki pesawat dari LCCT ni. Syarikat ini amat prihatin dan mempromosikan gaya hidup sihat - kerana semua penumpang di ajak untuk berjalan kaki - ber'exercise' sebelum di bawa masuk ke dalam pesawat. Saya rasa Mr Tony Fernandez perlu tekan ini dalam promosi -promosi nya...Now everyone can walk....

Malam ini saya berpeluang berjumpa 'adik saya' yang bersemangat tinggi untuk berjaya. Saya mengundangnya untuk makan malam bersama. Beliau bercerita tentang 'passion'nya untuk melihat Districtnya berjaya. Saya tahu beliau seorang yang berjiwa kental...pernah Menjadi Juara...cuma sekarang beliau hilang punca...tidak tahu apalagi cara untuk meningkatkan jualan...Saya katakan padanya...Kita jangan mendesak untuk mendapatkan jualan. Apa yang saya pelajari dari Mentor No 1 Asia - Dr Azizan Osman, kita hanya perlu BERKONGSI kelebihan syarikat, kelebihan barangan yang kita jual. Jangan JUAL . Bila kita mendesak dengan agresif semua pengedar untuk menjual barangan, mereka akan merasa penat dan akhirnya 'give up'. Tetapi bila kita KONGSI atau SHARE, dengan sendiri pelanggan akan berminat untuk membeli dan pengedar berminat untuk menjual...

Semoga dengan sedikit perkongsian malam ini , beliau mendapat sedikit inspirasi untuk memperbaiki strategi. Saya yakin...bila kita punyai nawaitu untuk membantu insan lain yang memerlukan...Allah akan bantu kita....InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Selamat Malam dari Tawau untuk semua ....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-20323767755648933122013-11-05T05:34:00.003-08:002013-11-05T05:34:38.530-08:00My Story Roslaila Puspa bt Deraman. Pt17Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setiap dugaan Allah akan membuatkan kita semakin tabah dan yakin pada Yang Maha Esa. Alhamdulillah sekali lagi saya di duga ...tapi kali ini hati saya lebih tabah. Saya yakin Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada makhluk yang boleh menjejaskan keyakinan saya pada yang Esa.

Tidak pernah sekali pun saya menyesali apa yang telah di tentukan Allah untuk saya. Saya mula berkhidmat di syarikat pada 1 Julai 1991 pada umur yang masih muda. Apa yang menyebabkan saya ingin menyertai syarikat gergasi ini apabila saya sering terbaca di dada akhbar bagaimana syarikat hebat ini memberi anegarah tertinggi untuk para -para Ibu . Saya terus berazam untuk menyertai syarikat ini setelah berjaya memegang Ijazah Pengurusan Perniagaan. Alhamdulillah - apa yang saya hajatkan di makbulkan Allah. Saya berjaya di terima berkerja di syarikat Avon Cosmetics ( M ) Sdn Bhd . Dan bermulalah kerjaya saya sebagai Pengurus Daerah di Kuantan. Sebagai Pengurus Daerah , saya di tugaskan untuk membantu , membimbing semua Pengedar yang kami panggil Wakil Avon untuk berjaya meraih pendapatan yang tinggi. Objektif utama syarikat adalah memberi pendapatan lebih kepada semua orang. Sememangnya saya benar-benar teruja apabila melihat pengedar yang saya bimbing dan latih menjana pendapatan berlipat ganda. Ramai ibu tunggal yang boleh membesarkan anak-anak mereka walaupun tanpa bantuan suami. Ada yang mampu membayar sewa rumah walaupun suami tidak bekerja. Saya semakin bersemangat , lagipun waktu itu saya masih 'single', jadi tumpuan saya semata-mata hanyalah untuk membantu seramai mungkin pengedar untuk berjaya melalui perniagaan jualan langsung. Dari hari ke hari saya semakin 'cinta' pada syarikat kerana saya yakin inilah satu-satunya syarikat yang betul-betul menghargai setiap titik peluh yang di keluarkan oleh pengedar-pengedarnya. Saya teramat bangga apabila berjaya membantu ramai wanita dari bandar kecil ini pergi melancong ke luar negara. Dengan tekad dan azam yang tinggi , setiap ceruk daerah saya terokai. Berbekalkan kereta Proton Saga Putih kepunyaan syarikat, saya susuri jalan-jalan di Kuantan, Sg Lembing, Balok, Sungai Ular, Pekan, Kuala Pahang, Muadzam Shah, Felda Chini, Lepar Hilir, dan juga Keratong. Saya pernah di jemput oleh Ketua Kampung Orang Asli di Kuala Rompin untuk menunjuk ajar para-para wanita di kampung itu untuk menjaga ketrampilan diri dan kecantikan. Pada mulanya saya agak was was kerana saya tidak pernah memasuki perkampungan orang Asli. Nasib menyebelahi saya kerana ada di kalangan pengedar yang sudah biasa di kawasan itu dan membawa saya terus ke rumah Tok Batin. Alangkah terkejutnya saya kerana kawasan rumahnya amat bersih , simen di rumahnya berkilat dan serta merta ia mengubah persepsi saya terhadap orang Asli. Saya masih tidak dapat lupa peristiwa menghiaskan wanita orang Asli pada hari itu. Saya mulakan sesi saya dengan memperkenalkan rangkaian barangan keluaran syarikat dan seterusnya meminta salah seorang dari wanita orang Asli untuk menjadi model saya. Saya gunakan pembersih muka, di susuli dengan penyegar. . Semasa menyapu penyegar menggunakan kapas muka , saya perhatikan kapas itu betukar warna - mungkin kerana muka wanita ini tidak pernah di bersihkan sedemikian rupa. Mungkin bagi sesetengah orang akan merasa agak 'geli' , tapi pada saat itu, tiada langsung perasaan mual atau geli yang timbul. Pada saat itu saya hanya ingin membantu wanita orang-orang Asli untuk mengenali dunia kecantikan dan pandai menjaga kebersihan diri. Saya sapukan pelembab dan kemudian mula mengenakan bedak asas untuk sesi Make Up. Saya melakukan kerja-kerja saya dengan penuh khusyuk dan apabila saya mengangkat muka memandang kepada anak-anak wanita itu, tersenyum lebar saya ...kerana mulut anak-anak wanita itu semuanya ternganga !!!! Mereka terkejut melihat wajah ibu yang sangat cantik yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Alhamdulillah...saya benar-benar bersyukur kerana berjaya menunjuk ajar cara yang betul menjaga kulit dan mengenakan make up. Itu adalah pengalaman yang sangat berharga. Bukan semua orang mendapat pengalaman sebegini.... Dan pada hari itu, saya dan pengedar berjaya menjual kesemua barangan jagaan kulit dan make up untuk wanita-wanita di situ. Mereka semuanya berduit !!!! Saya terus meminta pengedar di kawasan itu untuk terus membantu wanita-wanita di perkampunga itu hinggalah akhirnya pengedar di kawasan itu menjana pendapatan yang tinggi dan mendapat pengiktirafan daripada syarikat. Itu antara kenangan-kenangan manis yang yang memang saya tidak dapat lupakan sehingga hari ini. Walaupun kini saya tidak lagi bersama syarikat , tetapi semangat ingin membantu wanita untuk berjaya masih menebal di dalam jiwa saya. Perkataan BERJAYA amat besar maknanya. Bagi sesetengah orang -kejayaan di kaitkan dengan kekayaan. Tapi bagi saya, apabila seseorang boleh meningkatkan keyakinan diri, memperbaiki taraf kehidupan, membantu keluarga, berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari semalam, itulah bermulanya KEJAYAAN...

Alhamdulillah, hari ini saya meneruskan azam dan tekad saya ini melalui syarikat saya sendiri - Knowledge Enrichment Consultancy - Syarikat Penyedia Latihan . Kepakaran saya adalah membantu mereka yang ingin lebih berjaya dalam hidup, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , menjadi idola kepada keluarga dan masyarakat. Saya akan memulakan Sesi pertama saya di Tawau, Sabah pada 19 November ini. Tidak sabar rasanya untuk kembali beraksi.... turun padang dan membantu dan berkongsi pengalaman. !!!! .

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-64138820023289890902013-10-28T05:38:00.000-07:002013-10-28T05:38:24.371-07:00My Story ....Roslaila Puspa bt Deraman Pt 16Assalamualaikum dan Salam Sejahteta,

Alhamdulillah. Rezeki ditangan Allah. Tiba- tiba hari ini saya menerima jemputan dari 'adik-adik' saya ...mereka menjemput saya untuk makan tengahari .Sudah lama saya tidak makan di situ .... Restoren Seri Melaka di Amcorp Mall. Terima kasih adik - adikku. Semoga kalian terus tabah menghadapi dugaan- dugaan di pejabat. Sangat seronok mendengar cerita - cerita mereka . Ada yang lucu..., ada yang sedih... Tapi kini saya hanya boleh mendengar .... Kalau dulu kami berbincang untuk mencari solusi dan pelan tindakan, tapi kali ini mereka sekadar boleh mencurahkan isi hati . Saya tidak boleh lagi memberi sebarang solusi ... kerana saya kini adalah orang luar. Walaubagaimanapun saya masih bersyukur kerana mereka masih mengingati diri ini.... Itu pun tanda- tanda rezeki . Rezeki persahabatan yang tidak putus. Syukur.... Saya juga masih ingat pesanan Mentor No 1 Asia Dr Azizan Osman untuk sentiasa bersyukur dan bersedekah. Rezeki akan datang tanpa di duga. Besarnya rahmat Allah. Kadang- kadang kita hanya memandang rezeki hanya dari sudut wang ringgit, dan kemewahan semata- mata. Kita jarang menilai rezeki lain yang dianugerahkan Allah .Kita sebenarnya boleh senaraikan banyak rezeki yang Allah anugerahkan setiap hari kepada kita. Rezeki masa, rezeki sihat, rezeki anak-anak, rezeki pangkat, rezeki persahabatan......sehinggalah rezeki mendapat tempat parking di kawasan yang susah untuk parking kereta. Saya ingin berkongsi apa yang telah di 'postkan' oleh Dr Azizan hari ini supaya dapat sama di baca oleh pembaca yang bukan dari group Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman....Terima kasih Mentorku...Hanya Allah yang boleh membalas setiap elmu yang telah engkau ajarkan kepada kami.....

Katakanlah ( wahai Muhammad )

"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud :

"Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah , justeru ia akan bertambah, bertambah...dan bertambah..."

Hadis Riwayat A Tarmizi

Sememangnya kita perlu bersyukur di atas setiap nikmat yang dianugerahkan Allah kepada kita.....dengan cara itu...jiwa kita akan sentiasa tenang ...Saya ambil contoh... Dari mula- mula kita dikejutkan dari tidur - Syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup, Bila bisa berdiri dan berjalan - syukur kita masih boleh berjalan , masuk sahaja ke bilik air dan boleh membuang toksin dalam badan - syukur kerana sistem perkumuhan masih berfungsi sedangkan ada orang yang sudah tidak boleh membuang toksin dalam badan dan mengharapkan bantuan alat . Buka sahaja paip - syukur kerana kita mempunyai sumber air didalam bilik air didalam bilik tidur kita . Sedangkan masih ramai yang terpaksa keluar rumah untuk membuang dan mendapatkan sumber air. Cuba bayangkan jika kita boleh bersyukur diatas setiap apa yang kita lalui. Ini hanyalah beberapa minit selepas kita bangun- Saya telah mula meneliti setiap nikmat anugerah Allah setiap hari...dan semakin hari jiwa saya semakin tenang....Ini semua saya perolehi setelah saya mengikuti kursus Dr Azizan Osman, Mentor saya inilah yang menyedarkan saya bagaimana kita perlu lebih bersyukur dengan setiap nikmat Allah. Alhamdulillah...hidup saya kini lebih bermakna. Saya ingin mengajak semua sahabat-sahabat, adik-adik dan anak-anak yang sedang membaca blog saya ini untuk mengamalkan apa yang telah saya praktikkan kerana dengan cara ini kita boleh mengubat hati yang luka...hati yang gundah...dan hati yang bercelaru...

Kadang-kadang saya merasa kasihan mengenangkan beberapa insan yang masih lagi mempunyai perasaan dengki dan hati yang masih penuh dengan dendam. Saya pasti hidup mereka tidak tenteram....tidur juga mungkin tidak lena...mereka yang masih jauh dari jalan Allah. Saya rasakan mereka diburu oleh bayang-bayang sendiri....dek perbuatan silam . Apabila hati telah hitam...setiap apa yang dilakukan oleh orang yang dibenci semuanya tak kena...sentiasa berada di dalam keadaan takut...Mereka ini lupa kita semua ini adalah Hamba Yang Maha Esa....kita semua sama...Setiap perlakuan akan dibalas...tidak takutkah mereka ? Saya hanya redha dengan apa yang telah dan bakal menimpa....kerana saya pasti Hanya Allah Penentu Segala... Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada mereka-mereka ini...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-65383881822454271222013-10-27T19:25:00.002-07:002013-10-27T19:25:51.266-07:00My Story .....Roslaila Puspa Deraman Pt 15Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan Allah dengan setiap nikmat yang dikecapi kini. Dengan izinnya blog saya telah mencapai 3000 lebih viewers . Sesuatu yang memang saya tak sangka. Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada saya untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang saya lalui. Semoga ianya sedikit sebanyak boleh dijadikan tauladan dan sempadan buat semua. Disebabkan sekarang saya mempunyai banyak masa dirumah bersama anak-anak, saya dapat melihat kemesraan anak- anak diantara satu dengan yang lain. Ada juga sesi bergaduh , sesi 'mereport' oleh di adik tentang hal- hal kakaknya. Ada sesi mesra ....dan bermacam- macam lagi. Sangat indah momen- momen yang saya lalui. Boleh sembahyang berjemaah bersama anak-anak. Dan saya doakan pembaca juga akan dianugerahkan nikmat masa oleh Allah. Kadang-kadang saya merasa kasihan memandang anak-anak saya yang terpaksa menghabiskan banyak masa hanya di dalam rumah. Bermain melalui 'game-game' komputer, hanya sekali sekali sahaja saya mengizinkan mereka bermain di padang permainan , itu pun mesti di temani oleh anak lelaki saya - Boy apabila beliau pulang bercuti di asrama. Lain benar rasanya jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak saya dulu. Bila tinggal dikampung, suasana kanak- kanak yang saya lalui amat seronok sekali. Saya boleh mandi manda di sungai, bermain galah panjang , teng teng, main menyorok- nyorok, menarik upih juga pernah dengan rakan- rakan. Ramai kanak- kanak hari ini tidak tahu apa itu galah panjang, apa itu teng teng. Setiap petang saya dan rakan-rakan akan bermain galah panjang, teng teng dan kadang-kadang congkak. Sungguh indah saat itu....dan adakalanya kami akan beramai-ramai pergi ke Sungai untuk mandi manda. Air sungai memang sangat jerneh. Saya memang suka menyelam ke dasar dan melihat ikan-ikan kecil dan batu-batu yang cantik. Bayangkan ...saya juga boleh mengapungkan diri dan membiarkan diri terapung ....sungguh tenang dan rileks sekali. Tetapi disebabkan leka bermain dan mandi manda di sungai, ibu saya terpaksa mencari saya saya kerana hampir pukul 12.00 tengahari , saya belum bersiap untuk ke sekolah !!! Panjang leteran ibu...dan ibu terpaksa meminta jiran menghantar saya menaiki motorsikal untuk ke sekolah.

Mengenangkan suasana indah itu...saya nekad untuk membawa anak-anak menjejaki momen-momen indah saya di kampung walaupun kampung itu telah lama kami tinggalkan . Semasa cuti hari raya baru-baru ini, kami sekeluarga balik ke Kelantan . Saya menempah Home Stay di kampung . Setelah menziarahi kubur arwah bapa - saya terus membawa anak-anak ke hujung kampung. Alangkah sedihnya saya kerana jalan menuju ke sungai rupanya telah di tutup. Sungai yang dulunya menjadi tempat permainan saya sudah tiada lagi...Aduh...kecewa sungguh rasanya.... Kerana saya tidak dapat menjejaki dan menunjukkan pada anak-anak kehidupan indah yang saya pernah lalui dulu. Ibu saya meninggalkan kampung setelah bapa meninggal dunia kerana ingin berada dekat dengan keluarganya di Tanah Merah. Kediaman baru terletak di Tanah Merah dan berhampiran dengan bandar - jadi tiada suasana kampung yang anak-anak saya lalui.

Saya sempat merakam pokok Ciku yang saya pernah tanam di sebelah rumah peninggalan arwah Abah saya. Masih berbuah lebat dan sentiasa menjadi tumpuan jiran-jiran. Kerana rumah ini telah kami tinggalkan, jadi pokok ini telah menjadi pokok wakaf. Setiap kali pulang ke kampung , hati saya hiba...sesuatu yang saya tidak boleh kongsi dengan pembaca. .....terlalu pedih untuk saya luahkan....

Setiap kejadian yang berlaku, sudah pasti ada hikmahnya. Kami redha ....dan hanya mendoakan yang terbaik buat kedua-dua ibubapa saya . Semoga roh kedua-dua ibubapa saya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Apabila bapa saya meninggal hampir 19 tahun lalu...adik-adik saya masih belajar. Yang paling bongsu baru sahaja di Tingkatan Satu dan adik perempuan bongsu baru sahaja memasuki Universiti Malaya. Adik lelaki masih di Politeknik dan seorang lagi baru sahaja menamatkan pelajaran di UiTM. Sudah menjadi tugas kami untuk memastikan pelajaran adik-adik terjaga dan tidak terabai. Saya dan kakak mengambil tugas memastikan semua adik-adik mendapat pelajaran sebaik mungkin. Walaupun kadang-kadang kami terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran dan perbelanjaan adik-adik, saya lakukan dengan ikhlas dan saya bersyukur kerana suami tidak pernah membantah untuk saya membantu ibu dan adik-adik. Dan Alhamdulillah...saya benar-benar bersyukur kerana semua adik-adik saya berjaya di bidang masing-masing. Dua orang menjadi usahawan yang berjaya, adik perempuan berjaya sebagai Jurutera dan yang bongsu sekarang merupakan seorang Pengarah di Jabatan Kerajaan. Saya pasti sekiranya ibu dan bapa masih ada lagi, mereka akan bangga dan bersyukur dengan setiap kejayaan anak-anak. Saya selalu ceritakan pada anak-anak tentang tanggungjawab terhadap adik-beradik. Saya ceritakan setiap kesusahan yang saya lalui....Kenapa saya sangat menghargai kakak saya - Kak Long .Semasa saya di sekolah rendah, saya agak nakal dan selalu malas ke sekolah, tetapi K Long yang akan membawa beg sekolah saya.. Cuba bayangkan beliau yang bertubuh kecil terpaksa membawa 2 bag sekolah setiap hari kerana saya enggan bawa beg saya. Bagi saya, sekiranya K Long tidak bersungguh-sungguh berkorban tenaga untuk saya, saya tidak akan mencapai apa yang saya capai sekarang. Saya juga mengingatkan setiap anak untuk sentiasa besyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan. Malahan apabila mendapat dugaan, kita masih perlu bersyukur ....kerana dugaan yang di terima sangatlah kecil berbandng dengan dugaan yang di terima oleh orang lain. Bila kita sentiasa bersyukur...hidup kita akan jadi lebih tenang.

Ya Allah...berilah kekuatan kepada ku.......walaupun hidup ini sering di timpa berbagai dugaan....tapi aku yakin dengan ketentuanMu Ya Allah....Walaupun ganjaran Mu bukan di dunia...aku redha. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui....Hanya Pada Mu aku ,eminta/.......hanya padaMu aku berserah....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-41457038670513500062013-10-22T02:23:00.002-07:002013-10-22T02:23:57.432-07:00My Story...Roslaila Puspa Deraman Pt 13Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Memang best !!!! Pasukan Red Warriors mendahului Pasukan ATM dengan 2-0. Saya benar-benar berharap keputusan ini akan kekal sehingga tamat. Yess !!!! Alhamdulillah. Kelantan menang !!!Saya memang suka menonton Pasukan Favourite saya - The Red Warriors dan tidak akan melepaskan peluang untuk berada di depan TV setiap kali pasukan kegemaran saya ini beraksi. Sebagai rakyat Kelantan, tentunya saya amat berbangga dengan kehebatan pasukan Kelantan yang begitu konsisten . Setiap kali menyaksikan perlawanan - saya terus terbayangkan Sales Team yang pernah saya terajui dulu. Apakah penyebab utama sesuatu pasukan itu berjaya ? Ianya tidak terletak pada satu individu....bukan kerana Apek si Penjaga Gol yang berpengalaman menepis setiap serangan, tidak juga pada Farhan yang terus mengasak sehingga berjaya menembusi gawang gol lawan. Bukan pada Piya yang mebuka jalan dengan gol pertama ...tetapi ....Satu pasukan memerlukan semua pemain untuk bermain sebaik mungkn untuk berjaya. Dari Jurulatih Bojan Hodak hinggalah kepada pemain impot Wakame mahupun pemain simpanan , semuanya perlu mempunyai cita-cita yang sama - misi dan visi yang sama . Semalam saya menrima sms dari beberapa anak buah saya yang mengatakan mereka amat rindu pada saya...rindu pada masa kami bersama ....Hanya Allah Yang Tahu bagaimana rindunya saya juga pada mereka...kerana saya telah menganggap semuanya sebagai sebuah keluarga yang besar.

Banyak saat-saat manis dan suka duka yang kami lalui bersama. Antara yang paling manis mestilah semasa kami melancong ke luar negara. Banyak negara yang telah kami lawati - dari trip pertama ke Paris ( semasa saya mula- mula menjadi District Manager ) sehinggalah trip terakhir bersama Team Zone Manager melancong ke Florida, Amerika Syarikat. Kami sememangnya tahu yang kita tidak dibenarkan membawa sebarang makanan apabila melancong ke US kerana itu bukanlah kali pertama kami melancong ke negara itu. Kami juga tahu kami akan melalui Pemeriksaan Imigresen yang amat ketat sekali. Kami dah bersedia sebenarnya . Saya dah masukkan serunding daging dan sambal ikan bilis didalam bag yang berlainan. Ini adalah antara tip yang boleh pembaca gunakan semasa melancong. 'Pack' kan bekalan makanan didalam beberapa bag yang berlainan. Jadi sekiranya satu bag ditahan dan diminta untuk dibuka oleh pihak Imigresen, selalunya pihak Imigresen akan mengambil atau membuang makanan tersebut. Sekiramya ini berlaku, masih ada lagi bekalan makanan yang selamat didalam bag yang lain. Tetapi ada juga di antara anak buah saya yang terlupa untuk melakukan perkara rutin ini. Ada yang terlupa. walaubagaimanapun disebabkan beliau ikhlas untuk membawa makanan untuk dimakan bersama semasa di US, Allah permudahkan usaha beliau. Cuba bayangkan - beliau berjaya membawa masuk nasi bersama sambal sotong ke US didalam hand carry bag. Bila ditanya oleh Pegawai Imigresen ' what food is this ? '. Beliau dengan selambanya menjawab ANIMAL SAMBAL. Bila ditanya 'What type of animal ?'. Dengan hati yang tulus dan ikhlas beliau menjawab - SQUID ! Terus Pegawai Imigresen meminta beliau untuk melepasi kawasan permintaan bersama Sambal Sotong nya !!!! Selamat !!!! Dan dapatlah kami menikmati sambal- sambal Noradura yang sangat sedap sepanjang trip kami. Tq Nora. Everytime masak sambal sotong - mesti ingat your animal sambal !!!

Sememangnya kami sangat mesra. Di pejabat juga saya di panggil KAK oleh semua anak-anak buah saya. Walaupun ada yang mengatakan panggilan itu akan membuatkan suasana kerja agak kurang professional, tapi saya percaya walaupun dipanggil kak- saya masih boleh menyatupadukan Jabatan Jualan dan bersikap tegas apabila keadaan memerlukan. Pada semua anak2 buah saya - saya selalu tekankan supaya mereka Menambah Nilai hidup setiap individu yang mereka jumpa dan latih setiap hari samada Avon Puteri , GC mahupun SL. Bila kita lakukan kerja dengan ikhlas - orang akan dapat merasai keikhlasan kita. Saya doakan seluruh Sales Team akan sentiasa bersemangat untuk mencapai target jualan syarikat walaupun saya tidak lagi bersama . Buat lah yang terbaik - Do Your Best - Let Allah take care the rest !!!

Love You All...Big Huggs...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-4770524772177143362013-10-13T22:26:00.001-07:002013-10-15T17:59:03.476-07:00My Story .....Roslaila Puspa Deraman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah ....saya terus diberi peluang oleh Allah untuk menulis sedikit catatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang sudi membaca. Hari ini para Jemaah Haji yang berada di Mekah sedang bersiap sedia untuk waktu Wukuf yang dijangkakan pada pukul 5.10 petang hingga 8.00 malam waktu Malaysia. Pilu rasa hati ini .... mengikut perancangan saya....saya akan berada di Padang Arafah .... Tetapi takdir Allah telah menentukan saya tidak dipanggil untuk menjadi tetamuNya pada tahun ini. Saya yakin banyak hikmah disebalik ketentuan ini. InsyaAllah.

Hari ini ramai yang berpuasa sunat sempena Hari Wukuf di Arafah. Alhamdulillah banyak fadhilat atau kelebihan bagi mereka yang berpuasa pada hari ini. Ingin saya kongsi apa yang tetima dari sahabat- sahabat .

Jangan Tinggalkan Puasa Arofah

Puasa Arafah adalah puasa yang jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah. Puasa Arafah dinamakan demikian karena saat itu jamaah haji sedang wukuf di terik matahari di padang Arafah. Puasa Arafah ini dianjurkan bagi mereka yang tidak berhaji. Sedangkan yang berhaji tidak disyariatkan puasa ini.

Mengenai hari Arofah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو

ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arofah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arofah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh karena itu, hari setelah hari Arofah –yaitu hari Idul Adha- adalah hari ‘ied bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arofah.” (Lathoif Al Ma’arif, 482)

Mengenai keutamaan puasa Arafah disebutkan dalam hadits Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى

بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim).

Ini menunjukkan bahwa puasa Arafah adalah di antara jalan untuk mendapatkan pengampunan di hari Arafah. Hanya sehari puasa, bisa mendapatkan pengampunan dosa untuk dua tahun. Luar biasa fadhilahnya ...

Hari Arafah pun merupakan waktu mustajabnya do’a sebagaimana disebutkan dalam hadits,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ

وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arofah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)

Insya Allah hari Arafah di tahun ini akan jatuh pada hari Isnin, 14 Oktober 2013. Semoga kita termasuk orang yang dimudahkan oleh Allah untuk melakukan puasa tersebut dan meraih keutamaan di dalamnya.

Terima kasih buat sahabat- sahabat dan ahli keluarga yang tidak putus- pputus menghantar pesanan- pesanan melalui whatsapp . Sedikit sebanyak ianya memberi panduan kepada kita.

Jangan lupa untuk berdoa pada Waktu Wukuf dan contoh doa yang baik adalah seperti berikut :

DOA ARAFAH

Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)

Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

DOA ARAFAH

(Dalam Bahasa Melayu)

Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya. Aamin Ya Rabbal Alamin

Dibawah ini ialah link Doa Arafah dalam Bahasa Arab.

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/10/doa-arafah.jpg

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-56190936029635249922013-10-11T08:06:00.000-07:002013-10-11T08:06:08.987-07:00My Story....Roslaila Puspa Deraman Pt 10Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....

PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN...

Kalau dulu....mungkin kami akan terlalu merasai bahawa penantian adalah satu penyiksaan. Tetapi kini alhamdulillah....di izinkan Allah boleh menerima segala ketentuanNya. Redha dengan apa yang di takdirkan Allah. Sebenarnya, semalam kami baru mendapat berita tentang Visa Haji Persendirian yang di pohon secara swasta ( tidak melalui Tabung Haji ) di tolak di saat-saat akhir. Sedangkan...2 malam yang lepas kami di hubungi oleh pihak Travel Agent memberitahu bahawa Visa kami telah diluluskan dan meminta kami membuat bayaran segera supaya urusan untuk menunaikan Haji dapat di lakukan serta merta. Tanpa berlengah saya terus ke Ampang - ke pejabat Travel Agent untuk membuat bayaran dan paling menyeronokkan, kami telah di beri Bag pakaian, Kain Telekung untuk wanita dan kain ihram untuk bakal jemaah lelaki, bag sandang dan 'check in baggage'. Orang yang paling gembira pada saat itu adalah ibu mertua saya yang sememangnya amat teringin untuk menjejakkan kakinya ke Mekah . Kali terakhir beliau ke Mekah semasa mengerjakan Haji bersama arwah bapa mertua pada tahun 1992. Dan semalam apabila kami memerima pesanan ringkas dari Travel Agent yang mengatakan Visa Haji kami tidak lulus....walaupun saya menerima dengan hati yang terbuka...berlapang dada.....redha...kerana saya pasti ada hikmahnya.....tetapi saya agak was-was untuk 'memecahkan berita; ini kepada Ibu Mertua saya - bimbang beliau akan terlalu kecewa. Kerana saya masih terbayang disaat saya memberitahu yang kemungkinan besar Visa diluluskan , beliau terus menerpa dan memeluk saya dan airmata nya terus mengalir tanda syukur kehadrat Allah kerana hajatnya akan diperkenankanNya . Ucapan Alhamdulillah tidak putus-putus keluar dari mulutnya. Dan saya masih ingat bagaimana mata ibu mertua bercahaya apabila saya pulang membawa 3 set bag dari Travel Agent untuk beliau, saya dan suami. Dan pada malam yang sama, beliau menelepon semua anak-anaknya untuk datang berkumpul di rumah saya kerana beliau amat yakin kami dapat mengerjakan Haji...dan tanpa berlengah, ibu mertua saya terus...mengemas barang-barang keperluan Haji ke dalam beg-bag yang baru diterima. Beg-beg itu terus di letakkan di tepi pintu....Harapan beliau amat tinggi untuk ke sana ..dan hampir setiap waktu beliau akan bercerita tentang kisah-kisah sewaktu beliau mengerjakan Haji buat kali pertama dulu....semuanya masih segar dalam ingatan beliau.....Walaupun cerita yang sama diulang beberapa kali...saya tetap mendengar dengan penuh sabar...kerana saya tahu suatu hari nanti....jika diberi umur yang panjang oleh Allah.....mungkin saya juga akan megulang-ulang cerita yang sama...sepertimana arwah ibu saya...dan sekarang ibu mertua saya.....

Dan sekarang ....saya terpaksa pula memberitahu yang sebenarnya Visa Haji tidak lulus dan kami tidak dapat mengerjakan Haji pada tahun ini. Agak buntu juga fikiran saya...tetapi saya terus meminta pertolongan Allah untuk memudahkan kami berbicara dengan beliau dan supaya beliau dapat menerima takdir ini dengan hati yang terbuka. Menyedari suami saya agak rapat dengan ibunya, kami sepakat supaya suami yang memberitahu ibunya...Suami saya seorang yang pandai berkata-kata....dianugerahkan Allah sangat pandai menyusun kata .....Beliau bukan sahaja bercerita tentang masalah Visa Haji , malahan menambah pula dengan masalah ribut taufan dan cuaca yang tidak menentu di Arafah sekarang...Alhamdulillah.....Syukur ....ibu mertua saya menerima dengan hati terbuka...Lega hati saya mendengarnya...

In times of distress or when we desire something badly, we should't always assume what's good for us and what's not...because Allah may have decreed a different outcome. As Allah says in the Quran ( part of the verses )..and it may be that you dislike a thing which is good for you...and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know ( Qura'n Al Baqarah : 216 ). When struck by an affliction therefore, we have to be patient and control of oneself . That is possible when we elevate ourselves to a high enough spiritual level where our Iman or Faith in Allah an help us ride the wave.

Setiap manusia yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, sudah pasti akan sentiasa merindui tempat-tempat suci itu. Dan hati-hati mereka akan tertarik untuk ke sana lagi. Saya masih teringat momen-momen indah semasa saya mengerjakan Umrah bersama Wakil-Wakil Avon dan Pengusaha Butik Avon yang mencapai target jualan pada bulan Mac tahun ini. Ini merupakan Umrah pertama yang dikendalikan oleh pihak Avon . Sebagai Ketua Rombongan Jemaah Avon, banyak persediaan yang kami lakukan dari awal lagi. Dan kami juga telah memilih Tabung Haji Travel sebagai Agen Pelancongan untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah ...berkat usaha anak-anak buah saya terutama Pn Mazni Abdullah....semua berjalan lancar walaupun terdapat sedikit dugaan bilamana bas kami terpaksa menunggu lebih dari 2 jam di Bir Ali - tempat Miqat , dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah...Hanya Allah yang tahu bagaimana bimbangnya hati saya kerana jemaah yang hilang itu adalah jemaah perempuan yang amat baik dengan saya dan saya juga mengenali suami dan anak-anak beliau. Bayangkan sekiranya perkara buruk yang berlaku....Nauzubillah...Pada saat itu, ramai jemaah dari bas kami yang turun menbantu mencari rakan yang hilang...Terima Kasih Pn Nora Hashim, Pn Asiah Mahusin...yang 'tawaf' berpuluh kali mengelilingi kawasan masjid dan tempat parking untuk mencari rakan tadi.....Setelah lebih 2 jam menunggu...dan mencari kami terpaksa meninggalkan Bir Ali tetapi kami memanjat doa kepada Allah supaya melindungi Jemaah yang hilang dan supaya kami dipertemukan semula dengan beliau. Berkat doa semua jemaah-jemaah Avon...dan dengan izin Allah...selepas beberapa minit sahaja bertolak dari Bir Ali, kami mendapat panggilan dari pihak Tabung Haji mengatakan Jemaah kami yang hilang telah menumpang bas dari Group yang lain . Beliau panik apabila selesai mengerjakan solat sunah Ihram...beliau tidak nampak seorang pun rakan-rakan dari bas yang sama di dalam masjid. Puas beliau mencari...tetapi tiada bas yang bertanda Avon dan..dengan sebab itu beliau menahan bas dari Malaysia untuk membawa beliau ke Mekah dan menunggu kami di sana. Apabila kami sampai di Mekah, jemaah yang hilang tadi telah menunggu kami dan kami berpelukan apabila bertemu semula...Dugaan ada di mana-mana. Hanya dengan sabar...syukur dan redha...segalanya akan dipermudahkan..Akhirnya...kami semua selamat menjalankan ibadah Umrah...berkali-kali...makan Nasi Mandi setiap hari ...tinggal di hotel mewah di Zam Zam Tower ...yang mengadap Pintu King Abdul Aziz...bersama-sama berulang alik ke Masjidil Haram. Dan semasa di Madinah, saya dan jemaah perempuan sama-sama beratur menunggu giliran untuk memasuki Raudhah. K Ani Ariffin, K Ani Hassan, K Kamariah Hassan , K Mariam Yusoff, Rosiah Salim, Norainin Che Kob, Asiah Mahusin, Pn Nora Hashim sekeluarga ,K Aminah Taharim sekeluarga, Elizawaty dan Zahid., Pn Rusyati Saad, Pn Naseriah, En Khadari dan isteri... . dan ramai lagi yang nama mereka yang saya tidak tersebut di sini. Saya masih ingat bagaimana saya dan jemaah -jemaah bersembahyang sunat dan berdoa di depan Multazam setelah selesai melakukan Tawaf . Berjurai airmata kami ....apabila sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kebaikan ....di saat itu saya menanam semangat untuk mengadakan Umrah lagi untuk Wakil-Wakil Avon dan Pengusaha Butik supaya semua boleh mendoakan yang terbaik supaya syarikat terus maju dan kukuh....tapi apakan daya...saya tidak bersama lagi syarikat...hanya doa saya setiap hari supaya semua Wakil Avon dan Pengusaha Butik Avon terus maju dalam perniagaan mereka ...dan mereka akan kaya...berjaya di dunia dan di akhirat...

Syukur Ya Allah.......malam ini kami telah menempah Pakej Umrah bersama Travel Agent yang lain untuk menunaikan hajat ibu mertua saya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Insya Allah saya dan suami akan membawa ibu mertua untuk menunaikan Umrah pada Januari 2014....Semoga di permudahkan Allah...

Selamat Malam....terasa rindu yang amat sangat pada rakan-rakan , adik-adik dan keluarga ke 2 saya....keluaraga Avon....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-28895522383698330982013-10-07T05:18:00.001-07:002013-10-07T05:18:27.013-07:00My Story...Roslaila Puspa Deraman...Pt 9Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Saya sangat tertarik dengan kata-kata C.S Lewis...

You are never too old to set another goal or to dream a new dream.

Pada umur 45 tahun, cerita hidup saya bertukar dan saya di takdirkan untuk memulakan sesuatu yang baru. Saya benar-benar yakin.....Allah takdirkan ini untuk memperbaiki hidup saya....memberi peluang untuk saya mendekatkan diri padaNya...,...Bersyukur kerana di beri peluang ini....bayangkan jika nyawa saya di ambil di saat leka dengan duniawi.....di saat saya melambat-lambatkan waktu sembahyang kerana mementingkan mesyuarat yang tidak habis-habis.....sembahyang sekadar melakukan ibadah wajib tanpa betul-betul ada connection dengan yang Maha Esa...Syukur padaMu Ya Allah di atas peluang ke 2 ini....Syukur kerana sekarang ini saya tidak perlu lagi meredah jam di pagi hari....Ya Dr Azizan....sayalah salah seorang yang berada di Federal Highway saban pagi dan malam...hanya untuk mengejar gaji yang akhirnya habis sebelum akhir bulan...

Walaupun pada awalnya saya agak kekok meneruskan Fasa baru hidup saya ...sebagaimana yang pernah saya kongsi sebelum ini, tetapi dari hari ke hari saya semakin mensyukuri setiap apa yang saya perolehi ...walaupun hidup tanpa gaji....tapi saya rasakan kehidupan yang lebih diberkati. Bila kita yakin bahawa rezeki di tangan Allah...saya pasti rezeki yang lebih besar sedang menanti. Saya bercita-cita untuk menambahkan sedekah setiap hari apabila mempunyai kewangan yang kukuh suatu hari nanti. Semoga Allah mempercepatkan cita-cita saya ini.

Hari ini saya ke pusat penghantaran duit antarabangsa untuk menghantar duit kepada suami dan anak-anak pembantu rumah saya - Bibik. Saya terpaksa beratur untuk menunggu giliran sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Saya dapati ramai sekali pekerja-pekerja Asing yang beratur untuk menghantar duit untuk keluarga masing-masing. Ada yang dari Nepal, Bangladesh , Indonesia dan Pakistan. Baru saya sedar...hanya saya seorang rakyat tempatan yang beratur menunggu giliran di situ. Tak apa lah...bisik saya....saya hanya ingin membantu Bibik supaya suami dan anak-anak dapat sama merasai rezeki yang di perolehi oleh Bibik. Saya sebenarnya kagum dengan ramai pekerja asing di sini. Mereka sanggup meninggalkan suami atau isteri , anak-anak, ibubapa dan keluarga tercinta semata-mata untuk mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia. Tetapi...rakyat kita sendiri....masih di buai mimpi...tidak mahu bersusah payah untuk berlumba- lumba mencari rezeki. Ramai anak muda kita hanya tahu bergaya....memegang telefon yang mahal harganya....minum hanya di Starbuck dan Coffee Bean....

Saya lihat yang beratur di depan saya adalah seorang anak muda dari Nepal, berusia belasan tahun ataupun awal 20an. Dengan senyuman beliau menggenggam segumpal duit RM 50 yang telah diikat kemas. Bercahaya matanya...saya pasti beliau bangga berjaya mendapatkan rezeki untuk di kongsi bersama keluarga di tanah air. Murni sungguh hati anak muda ini...Teringat juga saya pada Pengawal Keselamatan yang bertugas di pintu masuk perumahan tempat saya tinggal yang majoritinya berasal dari Pakistan. Apabila melepasi Pos Pengawal, suami akan berhenti untuk mengucapkan Assalamualaikum dan bertanya khabar kepada mereka.....mata mereka bercahaya...apabila di sapa begitu...mungkin tidak ramai yang bertanya khabar ...kerana ramai yang memandang hina. Ada Pengawal yang suka mencuit pipi anak bongsu saya bila kami turunkan cermin tingkap kereta...saya pasti mereka merindui anak-anak di kampung halaman.

Bila anak-anak saya melahirkan rasa tidak puashati tentang kerja-kerja yang di lakukan Bibik...seperti baju yang di basuh tidak dicampur 'Softlan'..., atau baju yang di gosok tidak elok..saya katakan pada anak-anak...Bibik itu PEMBANTU RUMAH...jadi tugasnya membantu ibu. Kalau kurang elok pekerjaan Bibik, jangan di tengking atau diherdik. Bibik juga manusia biasa...dan tidak sempurna. Bibik juga adalah orang yang lebih tua... Bila di minta berbuat sesuatu, kadang-kadang Bibik lupa...saya katakan...itu biasa. Kalau Bibik ini orang yang pandai sudah tentu beliau sudah memegang jawatan tinggi di Indonesia.... sudah jadi peguam, doktor atau setidak-tidaknya guru. Di sebabkan kesempitan hidup , beliau datang dari tanah seberang untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya. Sanggup berpisah selama 2 tahun semata-mata untuk mencari rezeki di sini. Saya pernah terfikir sendiri...mampukah aku berpisah dengan anak-anak seperti yang di lakukan Bibik untuk mencari rezeki ? Jawapannya...memang tak sanggup. Alangkan meninggalkan selama beberapa hari sahaja saya sudah menangis rindukan anak-anak, ini kan pula bertahun lamanya. Alhamdulillah ...dengan izin Allah saya tidak pernah di duga dengan Bibik - bibik yang terlalu bermasalah. Tidak pernah mempunyai pengalaman Bibik yang lari dari rumah. Syukur Ya Allah...walaupun Bibik yang ada sekarang adalah Bibik yang ke 8 menjadi Pembantu Rumah saya ....Setiap kali selepas solat...saya panjatkan doa pada Yang Esa semoga Bibik saya terus bekerja dengan rajin, jujur dan amanah...dan di tutup pintu hatinya dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik kepada keluarga saya.

Sama-sama kita cuba pandang pekerja asing dari sisi berbeza...bukan hanya sebagai pembawa sengketa dan musibah kepada negara. Saya ingat pesan Mentor Hebat No 1 Asia - Dr Azizan Osman...apa yang kita fikir...apa yang kita cakap dan apa yang kita rasa adalah DOA.

Terima kasih semua pembaca...sahabat-sahabat saya..keluarga saya...sila berikan komen anda tentang penulisan saya kerana tujuan saya adalah semata-mata berkongsi pengalaman ...dan perasaan ..yang mungkin tidak selesa di mata anda.....Saya sayang anda semua ...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-89565478915407008782013-10-06T19:27:00.001-07:002013-10-06T19:27:33.068-07:00My Story.....Roslaila Puspa Deraman Pt 8

Hari ini saya terbaca di dalam Pancaindera- Mingguan Malaysia kisah Kasih Ibu Membawa Berkat. Tersentuh hati saya kerana saya sudah tidak punya ibu. Ramai anak-anak yang berkecil hati dengan ibu , dengan bapa kerana kita menyangka ibu bapa pilih kasih, sayang kan anak lain dan tidak menyayangi kita. Dulu saya pun mempunyai pendapat yang sama. Saya dilahirkan berkulit agak gelap...mengikut kulit Abah saya...dan dalam adik beradik saya, saya lah yang paling gelap...a.k.a hitam jika dibandingkan dengan dengan yang lain. 'Kegelapan' dan 'kehitaman' saya amat ketara...Saya juga merupakan anak yang paling nakal ....dan yang paling lantang bersuara untuk mendapat perhatian . Di sebabkan tidak mempunyai kereta sendiri, kami terpaksa menaiki bas untuk pulang ke kampung ibu di Tanah Merah. Ibu akan membuat giliran , dan hanya akan membawa seorang sahaja anaknya setiap kali pulang ke kampung untuk mengurangkan belanja tambang bas. Saya akan memastikan saya akan berbuat apa sahaja supaya saya tetap di pilih untuk menemani ibu ke kampung ..., jadi terpaksalah ibu membawa saya setiap kali pulang ke kampungnya. Di sebabkan kulit saya yang agak gelap...saya kurang disenangi oleh keluarga di sebelah ibu. Pernah satu ketika saya terdengar komen ibu saudara saya kepada ibu..." Bakpo gak wak balik hok hite ni sokmo"...bermaksud...Kenapa ibu saya selalu membawa balik anak yang hitam ini...apabila terdengar komen ini, saya menangis seorang diri...pada saat itu saya bernekad untuk menjadi anak yang paling berjaya supaya saya dapat mengubah pandangan keluaraga ibu terhadap saya. Saya memang bernekad....dan saya berazam bersungguh-sungguh. Walaupun umur saya masih kecil pada saat itu, tetapi Allah telah menganugerahkan saya dengan akal yang boleh berfikiran positif. Setiap kali timbul rasa malas untuk belajar...saya akan ingat kata-kata ibu saudara saya yang tidak menyenangi warna kulit saya. Adat resam manusia memang begitu...hanya memuji pada yang cantik di mata ...malahan di kampung saya sendiri, ramai yang akan memberi komen yang sama..".Mak Su Yah ( panggilan orang kampung kepada ibu saya )...bakpo hok ni gelap' yang bermaksud. kenapa anak yang sorang ni gelap dari yang lain.....Saya masih ingat ...setiap kali ada yang berkata begitu...saya akan berlari kepada Abah...dan menyorok di belakang Abah...dan Abah saya akan berkata..."Meme gelap...ikut Abah...tapi walaupun hite...dipandang manis".... Itu kata-kata arwah Abah yang memberi keyakinan diri untuk saya.

Ibu saya meninggal 2 tahun yang lepas di rumah saya. Ibu yang saya panggil dengan panggilan Ma tidak pernah kenal erti penat. Saya tidak dapat melupakan jasa Ma yang telah banyak berkorban untuk kami. Walaupun Ma berasal dari bandar, tetapi setelah berkahwin dengan Abah, beliau mengikut Abah berpindah ke kampung . Dan bermulalah kehidupan Ma sebagai orang kampung . Semua kerja beliau lakukan untuk membesarkan kami - 6 orang anak sendiri dan 5 orang anak tiri. Dari menjahit baju , menjual kueh, menoreh getah, mengerjakan sawah hinggalah berniaga kantin - semua kerja beliau lakukan . Walaupun terpaksa membesarkan anak tiri , tetapi Ma menjaga kami semua sama rata sehinggakan pada awalnya saya tidak tahu bahawa kakak-kakak dan abang saya adalah merupakan adik beradik tiri kerana Abah mengahwini Ma selepas kematian isteri pertamanya dan arwah meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil. Sementara Ma pula pernah berkahwin tetapi tidak mempunya anak - jadi Ma sangkakan beliau mandul , jadi beliau mengahwini Abah yang telah mempunyai anak 5 kerana beliau ingin menumpang kasih anak-anak tirinya dan ingin berbakti kepada mereka , pada masa yang sama Ma memang sukakan anak-anak. Rezeki di tangan Allah, setelah berkahwin dengan Abah , mereka di kurniakan 6 orang anak....dan saya merupakan anak ke 2 kepada Ma dan Abah. Walaupun Abah dan Ma hidup sederhana, tetapi mereka sangat mementingkan pelajaran anak-anak sehinggakan kakak saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, sementara Abang pula berjaya melanjutkan pelajaran ke England dalam jurusan Engineering. Kakak-kakak dan Abang saya merupakan idola-idola saya kerana bagi saya kalau mereka boleh berjaya , sudah pasti saya boleh. Setiap hari saya belajar bersungguh-sungguh kerana cita-cita saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri seperti Abang saya. Saya berjaya memasuki sekolah berasrama penuh yang terkenal di Johor Baharu - Sekolah Tun Fatimah . Dan apabila selesai menduduki peperiksan SPM, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara samada di Australia ataupun di England. Hanya Allah yang tahu bagaimana gembiranya perasaan saya ketika menerima sampul surat yang besar mengandungi surat tawaran itu. Saya berlari mendapatkan Ma yang sedang sibuk menjahit baju . Tetapi betapa hancurnya perasaan saya apabila Ma tidak mengizinkan saya untuk menerima tawaran tersebut...katanya...Banyak lagi Universiti tempatan di Malaysia, kenapa perlu belajar sampai ke luar negara ...Katanya lagi...Bila dah kerja nanti...pergi lah melihat dunia...Ma tak kisah....Jangan sampai dah tak larat pulak nak ke luar negara....Dengan perasan yang cukup hampa dan kecewa, saya menurut kehendak Ma supaya saya menyambung belajar di dalam negara.SubhanaAllah....kata-kata ibu memang benar. Walaupun saya hanya menyambung pelajaran di Universiti tempatan, dan bekerja dengan Syarikat Jualan Langsung didalam negara, hampir setiap tahun saya ke luar negara, malahan beberapa kali dalam setahun saya terbang....ke seluruh pelusuk Eropah, segenap ceruk negara Amerika Syarikat....Bandar-bandar terkenal di China, Indonesia, Australia, Thailand dan sebagainya....memang benar kata Ma ...sehinggakan saya memang dah tak larat untuk ke luar negara . Yakin lah... kata-kata ibu memang 'magik'....jangan di bantah...kerana Allah sendiri meletakkan ibu di tahap yang amat tinggi...

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa ....jagalah mereka, kasih lah mereka . Kerana sesungguhnya bila mereka tiada lagi di dunia ini, barulah kita akan terasa kehilangan nya. Bapa saya meninggal 18 tahun yang lepas....semasa saya baru sahaja bekerja dan mendirikan rumahtangga. Ibu saya meninggal disebabkan sakit buah pinggang yang dihidapinya. Bermula dengan penyakit kencing manis, penyakit buah pinggang menyusul kemudian. Pada bulan-bulan terakhir Ma di dunia..Saya dan adik beradik sempat menjaganya ...memandikannya...menyuapkan nya...dan duduk bersama membiarkan beliau bercerita kisah-kisah lama....setiap kali pulang dari kerja, Ma akan minta saya duduk dengan nya ...walaupun dalam keadaan letih...saya gagahi juga ....dan Ma akan mula bercerita...kadang-kadang cerita yang sama...tapi saya anggukkan juga seolah-olah itulah kali pertama saya mendengar cerita itu....Sehinggalah Ma tidak bisa berbicara lagi...kerana buah pinggangnya tidak lagi berfungsi...

Saya terpaksa berhenti di sini...tidak dapat ku tahan air mata ini....rindu yang amat sangat pada ibu yang sangat ku sayangi...Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapa ku...tempatkan mereka bersama Kekasih-kekasihMu...Kasihilah mereka ...sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil....Masukkan mereka di dalam golongan yang di terima oleh Mu...Ameen...

Wassalam...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-58341225972665517182013-10-05T08:44:00.000-07:002013-10-05T08:44:34.970-07:00My Story...Roslaila Puspa bt Deraman Pt 7Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas telah bermula Peperiksaan PMR dan minggu depan bermula minggu peperiksaan akhir tahun bagi anak-anak di sekolah rendah. Mungkin ramai ibu bapa yang akan sibuk memastikan setiap anak membuat ulangkaji pelajaran , ramai ibu bapa yang akan menyorokkan kad Astro untuk memastikan anak-anak menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan tidak menonton TV. Ramai juga ibubapa yang mengambil cuti semata-mata untuk membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran. Ramai ibubapa akan berasa bangga apabila anak mereka mendapat 'straight As ', menjadi pelajar contoh dan menjadi kebanggan guru di sekolah. Ada ibubapa yang tak henti-henti bercerita pada kawan-kawan tentang kehebatan dan kepintaran anak-anak mereka kepada rakan-rakan sepejabat dan saudara mara. Tidak di nafikan pelajaran merupakan perkara penting kerana tanpa pelajaran , ramai yang berpendapat anak-anak tidak boleh berjaya . Ramai ibubapa yang saya kenal mengalami stress apabila anak mereka tidak mendapat banyak A dalam pelajaran. Tetapi tidak ramai ibubapa yang stress melihat anak-anak mereka tidak mengerjakan solat , tidak ramai ibubapa yang berkomunikasi dengan anak-anak untuk membina sahsiah diri, mengingatkan mereka tentang tata susila dan berbudi bahasa, menghormati orang tua. Saya dan suami mempunyai pendapat yang berbeza. Kami katakan pada anak-anak, "ibu dan babah tidak akan bangga bila anak-anak mendapat semua A tapi tidak mengerjakan solat, tidak menghormati orang tua, tidak berpuasa dan suka melepak-lepak bersama rakan-rakan di Restoren-restoren makanan segera mahupun di shopping mall. Bagi kami biarlah anak-anak kami berusaha untuk berjaya, walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang sederhana tetapi solat tidak di lupa, aurat perlu di jaga , berbudi bahasa dan menjaga tata susila dan menghormati orang yang lebih tua. Kerana anak-anak adalah permata yang menjadi lambang keperibadian ibubapa. Setiap hari saya panjatkan doa pada yang Maha Esa supaya semua anak-anak saya menjadi anak-anak yang Soleh, Solehah, berjaya di dunia dan di akhirat kerana mereka adalah bekalan saya dan suami di akhirat nanti.

Ramai ibubapa yang tidak pernah mengadakan mesyuarat keluarga. Mesti ramai yang tertanya-tanya - apa itu mesyuarat keluaraga ? Mesyuarat keluaraga adalah bila ibubapa berkumpul dengan anak-anak bertanya khabar, bertanya masalah , buat review dgn anak-anak apa yang bagus yang mereka telah lakukan dan apa yang kurang yang perlu di perbaiki . Kadang-kadang kami selitkan juga tafsiran-tafsiran dari Al Quran bagi memberi panduan kepada anak-anak. Walaupun ianya bukanlah mesyuarat yang ideal dan sempurna terutama bila si Bongsu Haikal mencelah dengan soalan-soalan yang susah nak di jawab...seperti Allah tu tinggal kat mana ?....Allah tidur kat mana ? Pening juga kepala saya nak menjawabnya...Bagi anda yang sudah biasa melakukan mesyuarat ini - Syabas !!! Bagi mereka yang belum pernah...saya cadangkan anda cepat-cepat lakukannya. Ianya memang bermakna untuk anak-anak. Kita juga boleh merapatkan hubungan kekeluargaan .Ini pengalaman saya dan suami - ikhlas saya kongsikan bukan untuk mendabik dada, tapi sekadar berkongsi idea . Kami bukan ibubapa yang sempurna, tetapi kami ingin memperbaiki diri setiap masa. Kita sudah biasa mengendalikan mesyuarat di pejabat - bermacam-macam jenis mesyuarat yang kita hadiri dan pengerusikan setiap hari. Apa kata - kita lakukan mesyuarat bersama anak-anak pula ? Siapa yang setuju...Say I !

Pelajaran adalah salah satu dari cabang ilmu, sementara mengerjakan ibadah, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati orang lebih tua adalah berkenaan dengan emosi. Sebab itulah saya memang bersetuju dengan apa yang di ajar dan dikongsi oleh Dr Azizan Osman yang berpendapat bahawa salah satu ciri orang yang berjaya adalah orang yang ber ELMU,iatu EMOSI di gabungkan dengan ILMU. Tanpa ELMU yang tinggi, kita mungkin tidak boleh berjaya di dunia dan di akhirat.

Mungkin ramai yang akan berkata - amboi...kemain lagi menyamakan diri saya dengan Dr Azizan - Mentor No 1 di Asia. Tapi saya yakin, untuk berjaya dalam bidang yang saya minati ini, pemikiran saya perlu setaraf dengan mereka -mereka yang hebat. Nak jadi orang hebat, kita perlu bergaul dan berfikir cara orang hebat. Bak kata Datuk Roslan yang sangat saya hormati kerana kata-kata dan ucapan yang selalu mengajak kita untuk berfikir - Berkawanlah dengan helang jika kita ingin terbang tinggi..Melihatlah dari mata burung...bukan dari mata tempurung... Selama 22 tahun berkecimpung dan bekerja dengan syarikat gergasi , pada awalnya saya rasa ilmu saya sudah cukup banyak dan cukup hebat. Tetapi semakin saya mendalami ilmu dan elmu, semakin saya rasakan masih banyak yang saya perlu pelajari. Apabila menghadiri seminar-seminar Dr Azizan, semakin banyak elmu yang di pelajari , dan saya sedar betapa banyak yang saya tidak tahu sebelum ini...atau mungkin tahu...tapi tidak betul-betul ambil tahu. Bila saya bernekad untuk meneruskan perjuangan dan niat membantu lebih ramai orang, membantu menambah nilai hidup lebih ramai orang, saya menubuhkan syarikat Knowledge Enrichment Consultancy - kerana bagi saya Penambahan Elmu amat penting bagi setiap orang. Selagi kita di bumi Allah ini, selagi itulah kita perlu tambahkan elmu kita. Saya percaya whatever faith you believe, semua bersetuju mengatakan ELMU ( Emosi dan Ilmu ) penting bagi setiap orang. Pada Fasa pertama ini, saya akan menimba elmu sebanyak mungkin...dan bercadang untuk mengadakan Seminar pertama saya akhir November setelah saya pulang mengerjakan Haji ( InsyaAllah...sehingga saat ini saya masih menunggu keputusan samada Visa Haji saya di luluskan ).

Saya mengharapkan doa semua supaya saya dan suami dapat menunaikan Haji pada tahun ini, walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hari Wukuf...saya yakin janji Allah itu benar....sekiranya Visa kami lulus, Alhamdulillah....Tetapi sekiranya permohonan Visa kami tidak diluluskan, mesti ada hikmah di sebaliknya. Kami redha...dan bersyukur di atas setiap ketentuanNya.

Selamat Malam semua...Love You All....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-85874651164593184132013-10-04T07:13:00.000-07:002013-10-04T07:13:18.192-07:00My Story...Roslaila Puspa Deraman ..Pt 6Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seorang penyair mengatakan:

Ketika kulihat uban telah mulai menghiasi jambang dan kepalaku

Aku katakan kepadanya " Selamat Datang "

Seandainya ku takut...

Pasti tidak kuucapkan salam itu kepadanya

Walaupun aku mengusirnya

Bencana itu tidak mungkin menjauh dariku,

Namun bila seorang boleh menerima apa pun kejadian yang tak disenanginya..

Maka pada suatu hari nanti

Bencana itu akan pergi dengan sendiri.....

Syair ini saya petik dari buku La Tahzan yang saya baca semasa mula-mula kehilangan kerja. Memang benar apa yang dikatakan penyair....kita tdak boleh menolak takdir. Terimalah dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka. Alhamdulillah ...dari hari ke hari...saya semakin redha dengan ketentuan Allah ....malahan mensyukuri setiap nikmat yang diberikan Allah kepada saya. Pernahkah kita menulis dan menyenaraikan apa yang kita ada ???. Seringkali kita hanya melihat kepada banyak benda yang kita tak punya...kita tak punya kereta besar...kita tak punya rumah mewah ...suami kita tak kaya...anak-anak kita tak pandai....Ini yang selalu menyebabkan kita hidup resah gelisah...Seringkali bila memandu kereta , saya dapati ramai yang memandu secara terburu-buru, cuba mencelah dari lane ke lane yang lain, memotong dan membunyikan hon sesuka hati...sebenarnya apa yang di cari ?

Hari ini saya membawa anak-anak menjamu selera di Chicken Rice Shop. Sudah lama saya tidak ke sini kerana semenjak berhenti kerja , saya lebih suka memasak di rumah. Mencuba berbagai resipi kegemaran keluarga seperti Nasi Kerabu, Lontong, Gulai Darat Daging - resipi arwah bonda saya yang kini menjadi kegemaran suami, singgang tulang rawan, asam pedas ikan jenahak, masak lemak tulang ikan kurau dengan nenas, sambal ikan bilis bersama jering, masak lemak tempoyak pucuk ubi dengan petai. Memang kami sekeluarga suka masakan kampung. Saya katakan pada anak-anak, resipi ini kalau tak dipelajari, lama kelamaan ianya akan pupus . Jadi saya jadikan hari minggu hari kelas memasak untuk anak-anak. Ramai remaja sekarang tidak tahu memasak masakan kampung dan masakan tradisional. Mereka hanya tahu memasak Pasta ...Chicken Chop ...Fish and Chips...Takkan setiap hari nak hidang makanan barat untuk suami ? Kalau dapat suami yang berasal dari kampung - macam mana ? Takkan hari-hari makan pasta dan spaghetti ? Arwah bonda saya selalu mengingatkan - Jaga suami melalui perut. Dulu- dulu saya kurang faham . Lama kelamaan , saya mulai faham - Pikat lah hati suami dengan makanan yang di gemarinya. Isteri yang pandai memasak akan berjaya memikat hati suami kerana suami akan sentiasa makan di rumah. Siapa di sini yang setuju dengan saya...Say I !!!

Semasa masih bekerja dulu, rakan- rakan sepejabat dan anak-anak buah memang tahu minat saya yang mendalam tentang masakan dan makanan. Pernah suatu ketika dulu semasa kami dalam perjalanan ke Cameron Highlands , saya bersama Rosnah Hashim, Nik Izhar dan Burn ditugaskan untuk menjalankan recce di Cameron Highlands kerana Syarikat bercadang mengadakan Seminar Usahawan untuk beratus usahawan yang berjaya . Bila bergerak sahaja MPV yang kami naiki, saya mula bercerita tentang masakan apa yang saya suka masak di rumah. Dari rendang hinggalah ke berbagai resipi yang enak-enak. Bila nampak pokok-pokok ubi kayu di lereng-lereng bukit , saya akan memberi resipi masakan pucuk ubi bersama tempoyak yang saya pelajari dari ibu mertua. Kemudian kami ternampak pulak rebung yang di jual oleh orang-orang Asli ...maka terkeluarlah pula resipi masak lemak rebung bersama perut lembu. Dari satu resipi ke resipi yang lain sehinggalah tidak sedar kami sudahpun sampai ke puncak Cameron Highlands !!! Perjalanan yang jauh tidak terasa apabila kita bersama sahabat-sahabat yang satu kepala...satu hati...satu jiwa... Memang seronok...Tapi kini ...semua itu tiada lagi...

Apabila kami keluar menghadiri mesyuarat-mesyuarat di hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang, saya hanya makan di hotel hanya untuk sehari dua sahaja. Saya akan bertanya dengan staf-staf hotel tempat-tempat makan yang sedap di sekitar hotel kerana saya memang ingin mencuba masakan tempatan. Dari Perlis hinggalah ke Sabah...boleh dikatakan saya tahu di mana tempat-tempat makan yang sedap-sedap. InsyaAllah , dengan izin Allah, kajian PhD saya juga ada kena dengan makanan. Saya masih ingat semasa kami menghadiri mesyuarat di Seremban, dan kebetulan berdekatan dengan hotel ada sebuah restoren yang terkenal yang menyajikan lauk pauk asli Negeri Sembilan seperti masak lemak daging rusa, masak lemak daging salai, masak lemak otak lembu dan banyak lagi hidangan yang menyelerakan. Hampir setiap hari saya dan rakan -rakan akan makan tengahari di situ . Dengan cara itu juga saya boleh merapatkan hubungan antara saya dan Team kerana saya yakin - Pasukan yang berjaya adalah pasukan yang bekerja bersama, ketawa bersama, makan bersama dan sanggup menangis bersama......

Saya rasakan dulu kami seperti sebuah keluarga yang besar...Sebagai Ketua Jabatan...saya tanamkan semangat team work dan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat. Banyak kenangan-kenangan manis saya bersama sahabat-sahabat dan anak-anak buah yang saya akan simpan di sanubari . Sememangnya saya rindu suasana bersama mereka, hilai tawa. ....Saya doakan semua sahabat saya ....anak-anak buah saya .....sentiasa di dalam lindungan Allah, mendapat kebahagian, kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat...

Selamat Malam ....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-18664002578844269942013-10-03T18:40:00.002-07:002013-10-03T19:04:47.392-07:00My Story...Roslaila Puspa Deraman Pt 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini bermula siri physioteraphy Nina berjumpa Hj Zubir di Beranang. Alhamdulilllah nampak sedikit improvement. Bila Nina senyum, bibir, pipi dan mata kiri nya nampak bergerak sedikit. Dalam saat- saat begini , baru saya sedar betapa besarnya pergerakan dan improvement yang berlaku walaupun setakat 1 milimeter !!! Semuanya menjadi ukuran !!!!! Allahu Akbar !!! Semakin saya yakin setiap dugaan yang menimpa adalah menguji tahap keimanan kita. Semasa berada di rumah Hj Zubir , saya dapat melihat betapa ramai yang ditimpa ujian. Ada yang datang dengan kerusi roda, ada yang datang dengan wayar didalam hidung, ada yang bertongkat, ada yang di papah, yang jalannya terenjut- enjut menahan kesakitan. Malahan ramai juga yang tidak dapat berjalan dan Hj terpaksa pergi ke kereta untuk merawat di kereta ! Pada saat dan ketika itu, rasa syukur yang amat sangat saya rasai...masa kan tidak...saya sedar dugaan yang saya terima selama ini amat sedikit jika dibandingkan dengan ujian yang diberi kepada orang lain. Saya masih diberi kesihatan yang baik- boleh memandu ke hulu ke hilir menghantar dan mengambil anak ke sekolah , membawa anak untuk berubat dan masih boleh menulis setiap hari supaya tulisan saya ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada sahabat-sahabat yang sudi membacanya. Apa yang penting ( selain kerjasama....) kita tidak boleh putus asa . Walau seteruk manapun ujian yang menimpa, kita harus terus berusaha dan berikhtiar . Tiba-tiba saya teringat kepada seorang jejaka berhati sangat mulia yang di perkenalkan oleh K Aminah Taharim - seorang Usahawan Hebat dari Utara semasa saya masih bekerja dengan syarikat.. Jejaka ini tidak berkahwin dan bekerja di sebuah kilang . Apa yang istimewanya jejaka ini adalah pengorbanan beliau untuk menjaga 3 orang wanita - kalau tak silap saya seorang ibu dan 2 kakak yang semuanya hanya terlantar di pembaringan- tidak dapat bergerak. SubhanAllah. Setiap hari jejaka ini akan bangun awal untuk memandikan ke tiga-tiga kakaknya dan memasak. Kemudian bergegas untuk ke kilang . Waktu rehat sejam pada tengahari beliau akan bergegas pulang untuk menyuapkan makanan untuk ke tiga-tiga wanita ini sehinggakan kadang - kadang tidak sempat untuk makan untuk diri sendiri. Betapa mulianya hati jejaka ini. Betapa mulianya hati beliau. Saya pasti besar ganjaran yang akan diterimanya di sana. K Aminah terdetik untuk mengajak beliau untuk berjual supaya beliau dapat menjana pendapatan lebih bagi membeli keperluan seperti lampin pakai buang yang kos nya memang tinggi. Tahniah K Aminah kerana berusaha membantu insan hebat ini. SEmoga ini akan menjadi contoh kepada lebih ramai lagi. Sebagai manusia, setiap dari kita mampu untuk melakukan sesuatu bagi membantu insan lain. Saya pernah kongsi cerita ini dengan Usahawan - Usahawan Syarikat semasa memberi ucapan di salah satu mesyuarat penting . Saya memberi ucapan sambil mengalirkan air mata dan sehingga hari ini semasa saya menulis tentang kisah ini... air mata saya masih mengalir deras mengenangkan semua insan hebat yang pernah hadir dalam hidup saya...yang memberi inspirasi untuk saya terus menulis untuk berkongsi dengan lebih ramai pembaca. Cuba kita buat reflection untuk diri sendiri...jika kita rasa kita tidak bernasib baik, lihat sekeliling kita..Kalau kita rasa kita tidak bernasib baik , hanya memandu kereta Kanc...cuba lihat mereka yang terpaksa mengutip sampah bagi mencari nafkah, kalau kita rasa kita tidak bernasib baik...tidak dinaikkan pangkat walaupun bekerja bersungguh-sungguh, bandingkan dengan yang terpaksa mencuci tandas setiap hari. .Saya pernah menangis berhari-hari apabila diberi 'rating' yang paling rendah untuk prestasi tahunan oleh Orang No 1 Syarikat. Suami saya sedarkan saya sambil berkata...Biarlah buruk di mata Boss...jangan buruk di mata Allah. Terima kasih Suamiku....semoga kita akan terus bersama di dunia dan di akhirat.

Banyak perkara yang ingin saya kongsi dengan anda tentang apa yang saya pelajari dari Dr Azizan Osman - Mentor Hebat No 1 Asia. Salah satu yang amat penting dan perlu kita lakukan dengan kadar segera adalah Sedekah. Saya ingin kongsikan tentang The Power of Sedekah yang saya alami sendiri baru-baru ini. Semasa sesi sharing dalam Seminar Advance Marketing Power, Ustaz Ashraff yang juga murid kepada Dr Azizan berkongsi bagaimana beliau beroleh rezeki yang banyak setelah beliau memberi sedekah kesemua duit yang beliau ada di dalam wallet selepas Solat Jumaat yang jumlahnya ratusan ringgt . Walhal pada saat itu, itulah kesemua duit yang beliau punyai - tetapi yakin Allah akan membantu, beliau pejamkan mata dan masukkan kesemua duitnya dalam tabung masjid dan bergegas keluar . Pulang dari masjid , beliau terus ke pejabat dan alangkah terkejutnya beliau kerana mendapat email mengatakan seorang Hamba Allah ingin membeli CD Al Quran yang di jualnya pada kuantiti yang amat banyak !!!!Betapa cepatnya Allah menggandakan rezekinya dengan bersedekah. Mendengar pengalaman Ustaz Ashraff, saya ingin mencuba sendiri...Pada Ramadhan yang lepas saya hanya memasukkan hanya beberapa ringgit setiap malam dalam Tabung Masjid dan meminta kelima-lima anak saya berbuat perkara yang sama setiap malam selepas mengerjakan Solat Terawih di Masjid. Pada masa yang sama saya juga telah berjinak-jinak dengan dunia saham. Setelah mengikuti Kelas Smart Investor Talk yang dikendalikan oleh Hj Asri - rakan baik Dr Azizan, saya membeli satu kaunter saham dan bertawakkal kepada Allah. Selepas Hari Raya , saya cuba tengok apa jadi dengan saham yang saya beli. Terkejut besar saya , dengan izin Allah, saya mendapat keuntungan berlipat ganda !!! Alhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah. Saya benar-benar yakin sekarang , jika kita ikhlas bersedekah...rezeki kita akan bertambah. Jangan kita marah bila ada orang datang kepada kita untuk meminta sedekah...biarlah dia kanak-kanak Myanmar....ataupun pemuda tempang yang berkeliaran di pasar-pasar malam, mahupun Mak Cik dan Pak Cik yang menjual keropok di meja-meja makan....berilah sekadar mampu...usah persoalkan..betul ke ni ...entah-entah sindiket...berilah sekadar mampu. Bila mereka datang kepada kita... Kita sebenarnya telah dipilih Allah untuk berpeluang mendapat rezeki yang lebih...Insya Allah..... Bagi yang bukan Muslim, saya pasti and juga have the same belief...

Selamat Memberi....kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima....Love You All...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-62751019879638245922013-10-02T06:36:00.001-07:002013-10-02T06:36:16.621-07:00My Story...Roslaila Puspa Deraman Pt 4Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Pada 27 - 29 September, saya berpeluang menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman - Mentor No 1 Asia. Ini adalah kali ke 3 Seminar beliau yang saya hadiri bermula dengan Advance Marketing Power dalam bulan Mei , Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan ( IMKK ) di awal bulan Julai sebelum Ramadhan . Terlalu banyak yang saya pelajari dalam Seminar beliau...yang saya tidak pernah jumpa dalam mana-mana Seminar yang saya hadiri samada di dalam atau pun di luar negara. Saya benar-benar bersyukur kerana berpeluang mengenali seorang insan hebat ini yang nawaitu hanya satu - Membantu Lebih Ramai Orang untuk berjaya dan kaya di dunia dan di akhirat.

Seminar nya bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir hampir pukul 11.00 malam setiap hari menyebabkan saya tidak sempat berinteraksi dengan anak-anak. Pada hari terakhir seminar, puteri ke 4 saya- Qistina menghantar pesanan ringkas katanya.."Ibu...Kak Nina tanya ibu balik pukul berapa,,,dia nak pergi klinik." Saya tanya kenapa ? Demam ke ? Tak...balasnya. Susah nak explain....tunggu ibu balik. Berderau juga darah saya dan terus berdoa kepada Allah supaya tiada apa-apa yang serius berlaku. Sesampai sahaja di rumah, saya terus mencari Eleena, puteri ke 2 saya. Dia tunjukkan mukanya kepada saya. SubhanaAllah....sebelah pipi kirinya tidak bergerak. Saya minta Nina ( nama panggilan manja di rumah ) untuk senyum kepada saya. Bila dia senyum...hanya sebelah kanan sahaja senyum kepada saya...semua bibir, pipi sebelah kiri dan mata tidak langsung menunjukkan tanda yang beliau sedang senyum. Hampir gugur jantung saya. Allahu Akbar..bisik saya di dalam hati. Aku terima segala dugaan Mu. Airmata mula bergenang di dalam kelopak mata ...tapi saya tahan dari terus mengalir ...kerana saya tidak mahu tunjukkan kesedihan saya pada Nina. .' Ibu...Nina takut....kenapa muka Nina macam ni ? Saya katakan padanya jangan risau..Esok ibu bawa ke klinik....walaupun dalam hati saya penuh dengan kerisauan. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ...sebagai ibu ...hampir saja saya terlupa bahawa ini dugaan dari Allah. Saya perlu tabah menghadapinya. Semalaman saya tidak dapat lelapkan mata menunggu hari siang. . Saya pula diberi cuti oleh Allah...jadi saya tidak dapat sujud meminta pada yang Esa. Tetapi setiap saat doa saya panjatkan supaya Nina akan segera sembuh. Bayangkan...umurnya baru 18 tahun, baru sahaja menyambung pelajaran di MSU di bidang Fesyen . Cita-citanya untuk menjadi Pereka Fesyen Muslimah ke peringkat Antarabangsa. Walaupun baru di semester pertama, ada beberapa lukisan dan rekaannya di pamerkan di Galeri Universiti . Beliau memang seorang anak yang baik, tidak meninggalkan solat, ...dan sangat komited demi mencapai cita-citanya. Keesokannya Doktor mengesahkan Nina mengalami Bell's Palsy , sejenis strok yang minor . Mengikut Doktor, Bell's Palsy selalunya di alami pada peringkat umur 40an...dan beliau kata amat jarang terkena pada remaja. Pada saat dan ketika itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Syukur kerana saya di ajar semasa menghadiri seminar IMKK untuk 'switch' . Saya tidak boleh terus bersedih...saya perlu kuatkan semangat...dan tukar situasi itu supaya tidak berlanjutan. Saya tanya Doktor berapa peratus yang dapat pulih...katanya lebih dari 90 % . Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah kerana ada harapan besar untuk pulih. Teringat saya pada Surah Al Imran : 173.yang bermaksud " Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dia adalah sebaiki-baik Pengurus ( yang terserah kepadanya segala urusan kami ). Saya perlu terus berusaha untuk mencari penawar untuk Nina. Saya yakin Allah akan membantu. Kepala ligat berpusing mencari ikhtiar apa yang perlu saya buat kerana kata Doktor, sekiranya dalam masa seminggu Nina tidak pulih, beliau akan rujuk kepada Pakar. Doktor terpaksa memberi Nina Steroid untuk seminggu bagi memulihkan sarafnya. Saya gusar kerana saya tahu apa side effect mengambil steroid .

Teringat saya pada Tabib Herba di Beranang - Hj Zubir. Alhamdulillah, Hj Zubir meminta saya membawa Nina untuk membuat rawatan susulan sambil dia juga membekalkan ubat-ubatan berasaskan herba . Katanya Setiap Penyakit Ada Ubatnya. Yang penting kita perlu yakin dan minta kepada Nya kerana yang menyembuhkan hanyalah diriNya. Esok akan bermula sesi rawatan Nina bersama Hj Zubir. Ya Allah..dengan IzinMu , sembuhkan penyakit anakku...Hanya padaMu aku meminta...dan hanya padaMu aku berserah.

Untuk memberi semangat pada Nina...saya tunjukkan gambar seorang Jutawan Muda - Raja Safuan yang kekurangan dari segi fizikal tapi berjaya menjadi Jutawan IT di usia yang sangat muda. Saya mengenali beliau apabila beliau memberi perkongsian yang hebat tentang Online Business semasa Seminar Dr Azizan. Terpukau saya melihat kegigihannya . Ramai yang mengejek dan menyoal kebolehannya , tetapi berkat kesungguhannya , beliau akhirnya berjaya. Saya pasti ramai lagi di luar sana yang diduga dengan dugaan yang lebih dahsyat tetapi tabah menghadapi dugaan. . Seorang ibu hebat bernama K Noraini Ariffin -'adik' saya adalah ibu yang sangat berjaya. Beliau ceritakan kepada saya bagaimana beliau berusaha gigih membesarkan anak-anaknya hasil usaha menjual dan membuat perniagaan jualan langsung. Beliau memasukkan barangan ke dalam troli di Pasaraya Besar dan berjual dari kedai-kedai di dalam Pasaraya Besar ... dan salah seorang anaknya adalah anak istimewa ...anak OKU. Ibu tabah ini sememangnya bangga kerana anak istimewanya kini telah berjaya. Malahan semua anak K Noraini berjaya ke menara gading. Ada yang belajar di luar negara dan K Ani sendiri pernah tinggal di New York berbulan-bulan lamanya menemani anaknya. Kini semua anak K Noraini memegang jawatan tinggi berkat usaha beliau dan suami. Tahniah K Ani ! Tahun depan K Ani akan menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 40 bersama Hj Masol. Saya ingin menjadi orang pertama untuk mengucapkan tahniah pada K Ani dan Abg Haji . Saya sangat terhutang budi pada K Ani kerana K Ani adalah salah seorang yang berdiri teguh disebelah saya saat saya tergapai-gapai mencari harga diri....

Sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita amat sedih. Ibu kepada sahabat karib Nina - Amelia telah pulang ke rahmatullah. Arwah di langgar lori . Tergamam saya. Innalillahiwainna ilaihi rooji'un. Semoga Amelia tabah menghadapi saat getir ini. Saya katakan pada Nina...Bersyukur lah Nina. Walaupun Nina di duga Allah dengan Bell's Palsy...tapi Nina masih ada saya.......tetapi Amelia .....tiada lagi tempat bermanja. Saya mengenali Amelia kerana beliau rakan satu dorm Nina semasa di sekolah menengah di asrama dan pernah bermalam di rumah saya. Sebagai anak bongsu Amelia amat manja dengan ibunya. Baru-baru ini Nina ada bercerita tentang hebatnya Amelia...mendapat 4 flat semasa peperiksaan semester dalam jurusan Accountancy. Nina pun ingin mencapai tahap yang sama - rakannya menjadi inspirasi untuk beliau lebih berjaya. Tetapi..... Amelia juga mesti bersyukur kerana Allah menganugerahkan beliau dengan minda yang hebat sehingga mendapat keputusan yang cukup cemerlang . Saya pasti arwah ibunya inginkan beliau menjadi Akauntan yang berjaya. Sabar Amelia...redhakan pemergian ibunda tercinta...Allah lebih menyayanginya.

Al Fatihah untuk arwah Pn Khairol Barriah bt Che Soh.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-15213283178776629312013-10-01T08:09:00.000-07:002013-10-01T08:09:06.884-07:00My Story - Roslaila Puspa Deraman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....Feeling very excited untuk menyambung berkongsi dengan rakan-rakan My Story... Saya suka dengan satu pepatah oleh Yohji Yamamoto - Pereka Fesyen terkenal dari Jepun . Beliau mengatakan " With my eyes turned to the past, I walk backwards into the future". Ianya bertepatan dengan apa yang saya cuba lakukan . Setelah 22 tahun bersama syarikat yang komited tehadap wanita , sebagai wanita saya sememangnya berbangga dengan setiap kejayaan wanita-wanita hebat yang saya temui sepanjang perjalanan hidup saya. Saya berkesempatan melihat kejayaan -kejayaan insan-insan istimewa ini. Dan apa yang lebih membanggakan, majoritinya adalah wanita. Bila saya imbas kembali , saya sedar dugaan yang saya terima amat kecil berbanding ramai lagi wanita di luar sana - yang di dera oleh suami, yang di pukul, di sepak , di terajang saban hari . Ramai juga yang di dera dari segi minda - di hina dan di caci oleh suami sendiri . Malahan ada yang di tinggalkan ....di gantung tak bertali. Sedangkan saya...dianugerahkan Allah suami yang penyayang, yang amat memahami ...yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya terus bangkit dengan semangat yang baru.....

Ada seorang pengedar dari selatan tanah air yang jatuh pengsan apabila diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak syarikat. Saya bertanya kepada anak buah saya ..." Kenapa dia pengsan ? " Rupa-rupanya sepanjang hidup beliau, beliau sentiasa di duga oleh Allah dengan berbagai-bagai dugaan. Suami pertama meninggal dunia dalam kebakaran - rumah yang di diami terbakar. Beliau mengalami kesedihan dan kemurungan yang dahsyat. Kemudian saudara mara menyarankan untuk beliau berkahwin semula untuk mengubat hati yang luka. Suami kedua pula seorang yang panas baran, kaki pukul . Beliau tidak pernah di hargai...apatah lagi di sayangi. Jadi apabila pihak syarikat mengiktiraf dan memberi penghargaan di atas kejayaan beliau dan Pihak Pengurusan Tertinggi memeluk beliau sebagai tanda terima kasih - beliau pengsan kerana tidak biasa dengan pujian dan penghargaan. Saya menangis mengenangkan nasib beliau. - semoga beliau terus tabah menghadapi segala dugaan Allah dan saya yakin Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik di sana.

Oleh itu sememangnya saya terus bersyukur dengan apa yang saya masih ada.....Saya di beri kesihatan yang lebih baik jika dibandingkan semasa saya bekerja. Beberapa kali saya terpaksa memandu sendiri dari pejabat terus ke wad kecemasan disebabkan saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Beberapa kali saya terpaksa membatalkan penerbangan untuk menghadiri acara-acara penting apabila saya terpaksa di rehatkan di hospital . Kejadian-kejadian ini juga mengundang rasa tidak puas hati sesetangah pihak yang mengatakan saya sengaja memasukkan diri ke hospital untuk melarikan diri dari mesyuarat-mesyuarat penting. Ada yang menuduh saya kurang prihatin terhadap pengedar yang telah berjaya kerana membatalkan penerbangan dan tidak meraikan kejayaan mereka. Astaghfirullah'azim....mengucap panjang saya kenangkan tuduhan-tuduhan ini. Walaubagaimanapun saya sudahpun memaafkan semua orang....semua mereka yang gembira dengan kejatuhan saya...yang membuat tuduhan-tuduhan tak berasas terhadap saya...saya maafkan semuanya. Kerana merakalah saya berpeluang mendapat sinar baru...menjadi orang baru yang lebih syukur...redha dan sabar.

Selamat malam semua....Bagi yang Muslim...jangan lupa bangun untuk Tahajjud...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-76300636467983812062013-09-30T07:30:00.000-07:002013-09-30T07:30:00.628-07:00Mati Hidup Semula part2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....Alhamdulillah....Bersyukur sangat pada Allah yang masih memberi saya dan keluarga peluang untuk meneruskan hidup pada hari ini....semoga Allah panjang kan umur kita supaya kita boleh terus beribadah kepadaNya...memperbaiki diri untuk terus membantu masyarakat sedaya mungkin........mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah....berjaya di dunia dan di akhirat.

Semalam saya kongsi tentang tsunami yang telah melanda hidup saya. Bagaimana saya menangisi kejadian yang menimpa . Tetapi hari ini saya ingin menyambung dengan bagaimana saya bangkit semula. Bagaimana saya mula menghidupkan jiwa saya yang telah mati. Empat bulan saya memendam rasa , mencari jalan untuk keluar dari keresahan jiwa. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya benar- benar bersyukur sebab dikelilingi oleh orang- orang yang terus memberi kata- kata semangat kepada saya. Bukan sahaja saya mempunyai keluarga sendiri, saya juga mempunyai keluarga ke 2 saya - iaitu rakan-rakan, adik-adik dan ,kakak - kakak yang saya kenali semasa saya masih bekerja di syarikat . Merekalah yang sentiasa menelefon bertanya khabar....menghantar pesanan pesanan ringkas , kata-kata motivasi melalui whatsapp dan sebagainya. Di saat inilah baru saya sedar....siapa sahabat sejati , siapa yang bersama saya hanya semasa saya memegang jawatan tinggi dan siapa yang masih berkawan dengan saya walaupun sekarang saya tak punya apa-apa kepentingan untuk mereka. Bak kata pepatah....Kawan sejati adalah kawan yang tetap bersama semasa susah...Real friendship is shown in times of trouble; prosperity is full of friends. * Euripedes . Terima kasih pada semua insan yang selama ini memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk saya meneruskan sisa -sisa usia di bumi Allah ini. Sahabat saya - Noorashikin Selamat membekalkan saya dengan 2 buah buku , La Tahzan dan sebuah lagi buku yang di tulis oleh Ustaz Kazim Elias - Jangan Bersedih.. Katanya - Che Pa...Jangan bersedih...bacalah ...semoga buku-buku ini menjadi peneman di kala sunyi. Memang benar....hari-hari pertama saya tanpa kerja saya isikan dengan menghabiskan buku-buku yang di beri oleh Noora - Terima kasih Noora. Buku-buku itu memang menjadi pengubat duka utama selain Al Quran yang saya sudah mempunyai masa untuk membaca dan memahami isi kandungnya sekali. Cuba bayangkan keadaan saya yang terlalu sibuk dari pagi sampai larut malam. Dan saya memang tidak boleh tidur sebelum pukul 12.00 malam untuk menanti report jualan supaya saya boleh kongsikan terus dengan anak-anak buah saya secepat mungkin. 24 jam saya bersama Blackberry menghantar email dan pesanan ringkas untuk Team Jualan , anak-anak buah di seluruh Malaysia , Pemilik-pemilik Francais mahupun Wakil-wakil pengedar. Tiba-tiba.....bila tidak lagi bersama syarikat....saya tidak tahu nak buat apa. Tiada lagi beratus -ratus email yang perlu dibaca dan di jawab dengan kadar segera....tiada lagi kata-kata motivasi yang perlu di hantar kepada anak-anak buah saya seawal 7.00 pagi setiap hari....tiada lagi meeting-meeting yang bermula 9.00 pagi dan berakhir 9.00 malam. . Cuba bayangkan kehidupan baru yang saya lalui setiap hari....Hampir setiap minit saya memandang handphone saya...Walaupun tidak lagi menggunakan Blackberry - tetapi menggunakan iphone 5 yang dihadiahkan oleh anak-anak buah saya semasa hari perpisahan.( Thank you Sales Team.)....hampir setiap minit secara spontan saya mengambil iphone untuk melihat kalau-kalau ada email yang perlu saya baca dan jawab dengan kadar segera....kalau-kalau ada pesanan ringkas yang saya perlu jawab....tetapi semuanya telah tiada lagi.....Hari - hari saya lalui dengan menjadi surirumah sepenuh masa...dari pagi setelah menunaikan Solat Subuh...saya menghantar anak-anak ke sekolah. Kemudian masak ...hantar anak ke 2 ke Universiti...pulang mengambil anak di Sekolah Rendah. Itulah rutin harian saya . Suatu hari....anak bongsu saya bersuara...".Haikal suka ibu sekarang. Terima kasih ibu...Saaayang Ibu"..Allahu Akbar..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa perasaan saya di saat itu. Air mata saya mengalir deras mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepada saya....Ya...nikmat MASA bersama suami dan anak-anak. Selama ini saya tidak punya masa untuk hantar dan mengambil anak-anak dari sekolah...apatah lagi memasak setiap hari untuk mereka. Selepas makan...Haikal akan berkata "Ibu...terrrrbaeekkk !! ". Ini betul-betul menaikkan semangat saya untuk memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak.

Saya perlu tidurkan Haikal sekarang...untuk bacakan doa-doa sebelum tidur dan buku-buku cerita kegemarannya...Selamat Malam semua. Jangan lupa Solat Witir sebelum tidur...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-157354045640558016.post-55025837788924809462013-09-29T07:42:00.000-07:002013-11-05T02:38:30.497-08:00

My Story...Mati Hidup Semula.

Hari ini saya amat bersyukur kepada Allah di atas kejadian yang telah saya lalui. Saya telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri - Knowledge Enrichment Consultancy sebuah syarikat yang saya ilham kan semata-mata untuk berkongsi pengalaman berharga selama 22 tahun di bidang jualan, pengurusan, perkhidmatan pelanggan dan membina keyakinan diri supaya kita lebih di hargai di mata manusia dan Yang Maha Esa.

Kepakaran saya adalah membantu mereka yang ingin lebih berjaya dalam hidup, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , menjadi idola kepada keluarga dan masyarakat. Saya juga ingin berkongsi pengalaman sendiri yang pernah mengalami kejatuhan yang amat dahsyat tapi saya berjaya bangkit semula - demi suami dan anak-anak tercinta. . Saya pernah bekerja di sebuah Syarikat Jualan Langsung No 1 di Malaysia dan menyandang jawatan tertinggi di Jabatan Jualan. Sebagai orang No 1 di bahagian jualan, saya bekerja dengan penuh dedikasi untuk memastikan matlamat jualan syarikat di capai pada setiap bulan. Mencapai target jualan merupakan fokus utama saya sehingga saya letakkan keluarga menjadi No 2. Saya merupakan orang pertama yang sampai di pejabat setiap hari dan sayalah antara orang terakhir yang meninggalkan pejabat pada malam hari. Saya serahkan pengurusan anak di bahu suami . Syukur padamu Ya Allah kerana menganugerahkan seorang suami yang amat memahami , penyabar dan sentiasa memberi sokongan . Banyak masa saya habiskan dan terlalu banyak hujung minggu yang saya habiskan dengan memberi motivasi , bimbingan dan tunjuk ajar kepada beratus ribu pengedar barangan dan pemilik-pemilik francais. Tapi saya lakukan sepenuh jiwa raga saya kerana saya dididik dari hari pertama saya bekerja untuk menambah nilai hidup setiap orang terutama wanita selari dengan matlamat syarikat yang komited untuk wanita. Tetapi saya lakukan semua ini tanpa rasa penat kerana saya benar-benar ingin melihat kejayaan setiap pengedar dan pemilik francais syarikat. Sepanjang kerjaya saya dengan syarikat ini, terlalu banyak kenangan manis yang saya lalui. Saya terlalu bangga melihat surirumah yang biasa-biasa menjadi wanita hebat yang luar biasa. Bermula dari tidak punya kereta...tetapi dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan, mereka berjaya menjana pendapatan lumayan...sehingga mampu membeli kereta...membeli rumah...menyekolahkan anak-anak dan menghantar anak ke universiti. Ramai yang tidak pernah menaiki kapal terbang....kami terbangkan mereka ke seluruh pelusuk dunia melihat keajaiban alam ciptaan Tuhan...Eiffel Tower- Paris, Eye of London, Menaiki Gondola di Venice, melihat bunga-bungaan saujana mata memandang di Keukenhoff Amsterdam, bermain salji di Mount Titlis, Switzerland, berjalan di Skywalk Grand Canyon dan bermacam-macam lagi.

Tetapi.....langit tidak selalu cerah....dunia ini adalah pentas ujian. Syarikat di landa badai....bagai tsunami yang melanda. Tanpa di duga....... Saya hilang segalanya....pangkat ...darjat....punca pendapatan......Siang malam saya menangisi takdir yang menimpa. Memandang mata anak-anak membuatkan hati saya jadi hiba.... Bagaimana saya bisa menabur bakti pada bangsa sendiri bila saya tak punya apa-apa ? Saya hilang keyakinan diri....Tapi Allah Maha Mengetahui....setiap kejadian ada hikmahnya. Saya panjatkan doa pada Yang Maha Esa untuk memberi saya jalan dan kekuatan..... Saya tidak boleh berterusan begini.....

Saya akan kongsi dengan pembaca semua bagaimana saya hidup semula...setelah saya mati jiwa...Selamat Malam semua.....

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04390258811413859392noreply@blogger.com0