Sunday 29 September 2013


My Story...Mati Hidup Semula.


Hari ini saya amat bersyukur kepada Allah di atas kejadian yang telah saya lalui. Saya telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri - Knowledge Enrichment Consultancy sebuah syarikat yang saya ilham kan semata-mata untuk berkongsi pengalaman berharga  selama 22 tahun di bidang jualan, pengurusan, perkhidmatan pelanggan dan membina keyakinan diri supaya kita lebih di hargai di mata manusia dan Yang Maha Esa. 


Kepakaran saya adalah membantu mereka yang ingin lebih berjaya dalam hidup, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , menjadi idola kepada keluarga dan masyarakat. Saya juga ingin berkongsi pengalaman sendiri yang pernah mengalami kejatuhan yang amat dahsyat tapi saya berjaya  bangkit semula - demi suami dan anak-anak tercinta. . Saya pernah bekerja di sebuah Syarikat Jualan Langsung No 1 di Malaysia dan menyandang jawatan tertinggi di Jabatan Jualan. Sebagai orang No 1 di bahagian jualan, saya bekerja dengan penuh dedikasi untuk memastikan matlamat jualan syarikat di capai pada setiap bulan. Mencapai target jualan merupakan fokus utama saya sehingga saya letakkan keluarga menjadi No 2. Saya merupakan orang pertama yang sampai di pejabat setiap hari dan sayalah antara orang terakhir yang meninggalkan pejabat pada malam hari. Saya serahkan pengurusan anak di bahu suami . Syukur padamu Ya Allah kerana menganugerahkan seorang suami yang amat memahami , penyabar dan sentiasa memberi sokongan . Banyak masa saya habiskan dan terlalu banyak hujung minggu yang saya habiskan dengan memberi motivasi , bimbingan dan tunjuk ajar kepada beratus ribu pengedar barangan dan pemilik-pemilik francais. Tapi saya lakukan sepenuh jiwa raga saya kerana saya dididik dari hari pertama saya bekerja untuk menambah nilai hidup setiap orang terutama wanita selari dengan matlamat syarikat yang komited untuk wanita. Tetapi saya lakukan semua ini tanpa rasa penat kerana saya benar-benar ingin melihat kejayaan setiap pengedar dan pemilik francais syarikat. Sepanjang kerjaya saya dengan syarikat ini, terlalu banyak kenangan manis yang saya lalui. Saya terlalu bangga melihat surirumah yang biasa-biasa menjadi wanita hebat yang luar biasa. Bermula dari tidak punya kereta...tetapi dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan, mereka berjaya menjana pendapatan lumayan...sehingga mampu membeli kereta...membeli rumah...menyekolahkan anak-anak dan menghantar anak ke universiti. Ramai yang tidak pernah menaiki kapal terbang....kami terbangkan  mereka ke seluruh pelusuk dunia melihat  keajaiban alam ciptaan Tuhan...Eiffel Tower-  Paris, Eye of  London, Menaiki Gondola di Venice, melihat bunga-bungaan saujana mata memandang di Keukenhoff Amsterdam, bermain salji di Mount Titlis, Switzerland,  berjalan di Skywalk Grand Canyon dan bermacam-macam lagi. 

Tetapi.....langit tidak selalu cerah....dunia ini adalah pentas ujian. Syarikat di landa badai....bagai tsunami yang melanda. Tanpa di duga....... Saya hilang segalanya....pangkat ...darjat....punca pendapatan......Siang malam saya menangisi takdir yang menimpa. Memandang mata anak-anak membuatkan hati saya jadi hiba.... Bagaimana saya bisa menabur bakti pada bangsa sendiri bila saya tak punya apa-apa ? Saya hilang keyakinan diri....Tapi Allah Maha Mengetahui....setiap kejadian ada hikmahnya. Saya panjatkan doa pada Yang Maha Esa untuk memberi saya jalan dan kekuatan..... Saya tidak boleh berterusan begini.....

Saya akan kongsi dengan pembaca semua bagaimana saya hidup semula...setelah saya mati jiwa...Selamat Malam semua.....


No comments:

Post a Comment