Monday 23 December 2013

My Story ...Roslaila Puspa Deraman Pt 21

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Begitu lama saya tidak menulis kerana sememangnya sibuk dengan bidang bidang yang baru sahaja saya ceburi. Selain dari menjadi Penyedia Latihan ( Training Provider ) , saya telah pun berjinak-jinak dengan on line business menjual Biskut Semperit .https://www.facebook.com/biskutsemperitcrunchy. Perniagaan ini terjadi tanpa di duga apabila saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang sedang mencari seseorang untuk membantu mereka memasarkan produk makanan mereka. Alhamdulillah....sambutan terhadap Biskut Semperit Crunchy amat memberangsangkan. Rasanya memang sedap...dan sangat rangup. Malahan semua pelanggan yang mencuba pasti akan berpuas hati dengan rasa Biskut Semperit Crunchy yang saya pasarkan. Kadang-kadang terasa lucu juga kerana saya belum sempat lagi menampal sticker jenama Puspa - tetapi Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan saya terpaksa menjual Biskut Semperit Crunchy tanpa sticker jenama . Saya benar-benar bersyukur kerana semenjak melancarkan on line business ini minggu lepas...pesanan yang di terima tdak pernah putus. Disebabkan Biskut Semperit ini baru sahaja diperkenalkan, jadi saya menawarkan untuk membuat penghantaran di sekitar daerah Lembah Kelang. Ada pelanggan yang sedang menunggu masa untuk bersalin...tetapi apabila melihat gambar biskut semperit di dalam fan page , beliau meminta saya menghantar secepat mungkin . Ada juga pelanggan yang berada di dalam pantang, teringin untuk menikmati kerangupan dan kesedapan Biskut Semperit . Banyak juga pengalaman yang saya dapat apabila membuat penghantaran. Setiap ceruk Kuala Lumpur saya terokai. Terima kasih 'waze'- tanpa bantuanmu, tidak mungkin saya bisa menemui jalan-jalan pintas di Kuala Lumpur !!! Memang seronok apabila setiap pelanggan berpuas hati dengan Bskut Semperit Crunchy.  Dan saya juga akan memperkenalkan Crispy Mini Samosa tidak lama lagi.Saya yakin setiap usaha yang saya lakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh - sungguh akan dipermudahlan Allah. Ya Allah....permudahkan lah usahaku untuk membantu pasangan ini menjana pendapatan yang lebih. Bantulah kami Ya Allah.

Selain itu, saya juga telah menceburi bidang saham. Saya benar-benar bersyukur kerana saya dipertemukan dengan Hj Asri - Mentor Saham No 1 di Malaysia. Banyak elmu yang saya pelajari . Melalui Hj Asri, saya dipertemukan pula dengan Dr Nazri Khan - Head of Retail, Affin Bank, seorang Hamba Allah yang sangat rendah diri, mempunyai pengalaman yang sangat menakjubkan didalam bidang saham bukan sahaja di dalam Malaysia- malah tentang ekonomi dunia. Beliau mengajar dan berkongsi elmu pelaburan tanpa rasa penat. Niat beliau hanya satu- ingin membantu lebih ramai orang mempelajari elmu pelaburan saham dan 'membuat duit' melalui pelaburan saham.

Esok...saya akan berbincang tentang satu lagi peluang perniagaan ....Ya Allah...Hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki , Engkau Penentu Segalanya. Hanya padaMu aku meminta dan hanya padaMu aku berserah. Mudahkanlah segala urusan ku di dunia dan di akhirat...

Monday 9 December 2013

My Story...Roslaila Pusoa Deraman. Pt 20

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi di beri peluang untuk hidup dan dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang melanda, tetapi setiap dari kita perlu tabah kerana kita tahu - dunia ini adalah pentas ujian. Kita perlu bandingkan apa yang kita masih punya berbanding dengan mereka yang di timpa musibah. Kejadian banjir yang paling besar di Kuantan benar-benar memeranjatkan. Ramai yang kehilangan harta benda - rumah di masuki air hingga ke bumbung, kereta rosak, peralatan rumah apatah lagi. Bertubi-tubi kita mendapat sms dan whatsapp untuk meminta bantuan , samada dari orang perseorangan mahupun dari badan-badan kebajikan. Saya pasti ramai yang ikhlas membantu dan ada juga yang mengambil peluang di atas musibah ini. Tapi saya rasa sebagai penderma, kita dermalah mengikut kemampuan seikhlas mungkin. Besar ganjarannya disisi Allah bila kita menderma dengan ikhlas. 
Semenjak tidak lagi bekerja di syarikat - saya berpeluang untuk berkenalan dengan ramai insan-insan baru . Saya berpeluang untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri yang muda , punyai 3 orang anak yang masih kecil. Sang Suami seorang yang punyai semangat juang yang amat tinggi untuk merubah hidup keluarga. Walaupun asalnya hanya seorang posmen, tetapi di sebabkan semangat yang tinggi untuk berjaya, beliau menyambung pelajaran hingga ke peringkat Master dan berjaya mendapatkan MBA. Bukan semua orang mampu lakukannya. Sehinggalah beliau berjaya mempunyai perniagaan sendiri . Sekarang beliau dan isteri mempunyai Syarikat Penyedia Latihan dan juga 2 Taska .Pada mulanya saya tidak tahu dugaan besar yang dilalui oleh anak muda ini. Setiap kali bertemu, kami hanya berbincang tentang projek-projek tentang Latihan yang bakal kami lakukan untuk tahun 2014. Beliau ada bercerita tentang anak keduanya yang sakit , tetapi saya tidak tahu bagaimana teruk sakit anaknya. Kami asyik berbincang tentang projek-projek yang perlu kami siapkan. Sehinggalah suatu hari saya bertemu dengan isteri dan anak-anaknya. Mulanya saya tidak tahu mengapa beliau mengelak untuk berjumpa di Pusat Membeli Belah , dan meminta untuk berjumpa di tempat-tempat biasa. Apabila berjumpa bersama anak-anaknya, saya lihat anak-anaknya semuanya normal seperti kanak-kanak lain. Tetapi beliau dan isteri nampak sedikit gusar dan sentiasa memerhatikan anak keduanya. Kerana saya dan beliau hendak berbincang, maka isterinya lah yang perlu menjaga ketiga-tiga anaknya . Sedang saya sibuk menunjukkan website syarikat yang hampir siap, tiba-tiba sahaja anak ke duanya jatuh pengsan . Terkejut saya. Itulah pertama kali saya melihat kanak-kanak yang diserang sawan. Si isteri pantas memeluk anaknya dan dibacakan ayat-ayat Al Qur'an dan di tiupkan ke telinga anaknya sehingga anaknya kembali tenang. Innalillahiwainna ilaihi rooji'un. Besar sungguh dugaan mereka. Tetapi pasangan ini agak tenang menangani masalah ini.  Di sebabkan saya mempunyai satu lagi temu janji, saya meminta izin untuk beredar meninggalkan pasangan muda itu bersama anak-anak mereka. Saya panjatkan doa pada yang Esa semoga anaknya itu cepat sembuh dan pulih seperti kanak-kanak yang lain. Hati saya memang tersentuh. Tak henti -henti saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana saya dan suami tidak di duga Allah dengan dugaan sebegitu. Anak saya Nina yang dulunya disahkan mengalami Bell's Palsy, alhamdulillah kini telah pulih sepenuhnya. 
Saya telah pun memperkenalkan pasangan ini kepada Tuan Haji di Beranang.Semoga Allah permudahkan usaha pasangan ini untuk menyembuhkan anaknya.