Tuesday 1 October 2013

My Story - Roslaila Puspa Deraman

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....Feeling very excited  untuk menyambung berkongsi dengan rakan-rakan My Story... Saya suka dengan satu pepatah oleh Yohji Yamamoto - Pereka Fesyen terkenal dari Jepun . Beliau mengatakan " With my eyes turned to the past, I walk backwards into the future". Ianya bertepatan dengan apa yang saya cuba lakukan . Setelah 22 tahun bersama syarikat yang komited tehadap wanita , sebagai wanita saya sememangnya berbangga dengan setiap kejayaan wanita-wanita hebat yang saya temui sepanjang perjalanan hidup saya.   Saya berkesempatan melihat kejayaan -kejayaan insan-insan istimewa ini. Dan apa yang lebih membanggakan, majoritinya adalah wanita. Bila saya imbas kembali , saya sedar dugaan yang saya terima amat kecil berbanding ramai lagi wanita di luar sana - yang di dera oleh suami, yang di pukul, di sepak , di terajang saban hari . Ramai juga yang di dera dari segi minda - di hina dan di caci oleh suami sendiri . Malahan ada yang di tinggalkan ....di gantung tak bertali. Sedangkan saya...dianugerahkan Allah suami yang penyayang, yang amat memahami ...yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya terus bangkit dengan semangat yang baru.....

Ada seorang pengedar dari selatan tanah air yang jatuh pengsan apabila diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak syarikat. Saya bertanya kepada anak buah saya ..." Kenapa dia pengsan ? " Rupa-rupanya sepanjang hidup beliau, beliau sentiasa di duga oleh Allah dengan berbagai-bagai dugaan. Suami pertama meninggal dunia dalam kebakaran - rumah yang di diami terbakar. Beliau mengalami kesedihan dan kemurungan yang dahsyat. Kemudian saudara mara menyarankan untuk beliau berkahwin semula untuk mengubat hati yang luka. Suami kedua pula seorang yang panas baran, kaki pukul . Beliau tidak pernah di hargai...apatah lagi di sayangi. Jadi apabila pihak syarikat mengiktiraf dan memberi penghargaan di atas kejayaan beliau dan Pihak Pengurusan Tertinggi memeluk beliau sebagai tanda terima kasih -  beliau pengsan kerana tidak biasa dengan pujian dan penghargaan. Saya menangis mengenangkan nasib beliau.  - semoga  beliau terus tabah menghadapi segala dugaan Allah dan saya yakin Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik di sana. 

Oleh itu sememangnya saya terus bersyukur dengan apa yang saya masih ada.....Saya di beri kesihatan yang lebih baik jika dibandingkan semasa saya bekerja. Beberapa kali saya terpaksa memandu sendiri dari pejabat terus ke wad kecemasan disebabkan saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Beberapa kali saya terpaksa membatalkan penerbangan untuk menghadiri acara-acara penting apabila saya terpaksa di rehatkan di hospital . Kejadian-kejadian ini juga mengundang rasa tidak puas hati sesetangah pihak yang mengatakan saya sengaja memasukkan diri ke hospital  untuk melarikan diri dari mesyuarat-mesyuarat penting. Ada yang menuduh saya kurang prihatin terhadap pengedar yang telah berjaya kerana membatalkan penerbangan dan tidak meraikan kejayaan mereka. Astaghfirullah'azim....mengucap panjang saya kenangkan tuduhan-tuduhan ini. Walaubagaimanapun saya sudahpun memaafkan semua orang....semua mereka yang gembira dengan kejatuhan saya...yang membuat tuduhan-tuduhan tak berasas terhadap saya...saya maafkan semuanya. Kerana merakalah saya berpeluang mendapat sinar baru...menjadi orang baru yang lebih syukur...redha dan sabar.

Selamat malam semua....Bagi yang Muslim...jangan lupa bangun untuk Tahajjud...

1 comment:

  1. Salam tahniah teruskn usaha...anda Jutawan Industri :)

    ReplyDelete