Wednesday 2 October 2013

My Story...Roslaila Puspa Deraman Pt 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Pada 27 - 29 September, saya berpeluang menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman - Mentor No 1 Asia. Ini adalah kali ke 3 Seminar beliau yang saya hadiri bermula dengan Advance Marketing Power dalam bulan Mei , Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan ( IMKK ) di awal bulan Julai sebelum Ramadhan . Terlalu banyak yang saya pelajari dalam Seminar beliau...yang saya tidak pernah jumpa dalam mana-mana Seminar yang saya hadiri samada di dalam atau pun di luar negara. Saya benar-benar bersyukur kerana berpeluang mengenali seorang insan hebat ini yang nawaitu hanya satu - Membantu Lebih Ramai Orang untuk berjaya dan kaya di dunia dan di akhirat. 

Seminar nya bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir hampir pukul 11.00 malam setiap hari menyebabkan saya tidak sempat berinteraksi dengan anak-anak. Pada hari terakhir seminar, puteri ke 4 saya-  Qistina menghantar pesanan ringkas katanya.."Ibu...Kak Nina tanya ibu balik pukul berapa,,,dia nak pergi klinik." Saya tanya kenapa ? Demam ke ? Tak...balasnya. Susah nak explain....tunggu ibu balik. Berderau juga darah saya dan terus berdoa kepada Allah supaya tiada apa-apa yang serius berlaku. Sesampai sahaja di rumah, saya terus mencari Eleena, puteri ke 2 saya. Dia tunjukkan mukanya kepada saya. SubhanaAllah....sebelah pipi kirinya tidak bergerak. Saya minta Nina ( nama panggilan manja di rumah ) untuk senyum kepada saya. Bila dia senyum...hanya sebelah kanan sahaja senyum kepada saya...semua bibir, pipi sebelah kiri dan mata tidak langsung menunjukkan tanda yang beliau sedang senyum. Hampir gugur jantung saya. Allahu Akbar..bisik saya di dalam hati. Aku terima segala dugaan Mu. Airmata mula bergenang di dalam kelopak mata ...tapi saya tahan dari terus mengalir ...kerana saya tidak mahu tunjukkan kesedihan saya pada Nina. .' Ibu...Nina takut....kenapa muka Nina macam ni ? Saya katakan padanya jangan risau..Esok ibu bawa ke klinik....walaupun dalam hati saya penuh dengan kerisauan. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ...sebagai ibu ...hampir saja saya terlupa bahawa ini dugaan dari Allah. Saya perlu tabah menghadapinya. Semalaman saya tidak dapat lelapkan mata menunggu hari siang. . Saya pula diberi cuti oleh Allah...jadi saya tidak dapat sujud meminta pada yang Esa. Tetapi setiap saat doa saya panjatkan supaya Nina akan segera sembuh. Bayangkan...umurnya baru 18 tahun, baru sahaja menyambung pelajaran di MSU di bidang Fesyen . Cita-citanya untuk menjadi Pereka Fesyen Muslimah ke peringkat Antarabangsa. Walaupun baru di semester pertama, ada beberapa lukisan dan rekaannya di pamerkan di Galeri Universiti . Beliau memang seorang anak yang baik, tidak meninggalkan solat,  ...dan sangat komited demi mencapai cita-citanya. Keesokannya Doktor mengesahkan Nina mengalami Bell's Palsy , sejenis strok yang minor . Mengikut Doktor, Bell's Palsy selalunya di alami pada peringkat umur 40an...dan beliau kata amat jarang terkena pada remaja. Pada saat dan ketika itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Syukur kerana saya di ajar semasa menghadiri seminar IMKK untuk 'switch' . Saya tidak boleh terus bersedih...saya perlu kuatkan semangat...dan tukar situasi itu supaya tidak berlanjutan. Saya tanya Doktor berapa peratus yang dapat pulih...katanya lebih dari 90 % . Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah kerana ada harapan besar untuk pulih. Teringat saya pada Surah Al Imran : 173.yang bermaksud " Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dia adalah sebaiki-baik Pengurus ( yang terserah kepadanya segala urusan kami ). Saya perlu terus berusaha untuk mencari penawar untuk Nina. Saya yakin Allah akan membantu.  Kepala ligat berpusing mencari ikhtiar apa yang perlu saya buat kerana kata Doktor, sekiranya dalam masa seminggu Nina tidak pulih, beliau akan rujuk kepada Pakar. Doktor terpaksa memberi Nina Steroid untuk seminggu bagi memulihkan sarafnya. Saya gusar kerana saya tahu apa side effect mengambil steroid .
Teringat saya pada Tabib Herba di Beranang - Hj Zubir. Alhamdulillah, Hj Zubir meminta saya membawa Nina untuk membuat rawatan susulan sambil dia juga membekalkan ubat-ubatan berasaskan herba . Katanya Setiap Penyakit Ada Ubatnya. Yang penting kita perlu yakin dan minta kepada Nya kerana yang menyembuhkan hanyalah diriNya. Esok akan bermula sesi rawatan Nina bersama Hj Zubir. Ya Allah..dengan IzinMu , sembuhkan penyakit anakku...Hanya padaMu aku meminta...dan hanya padaMu aku berserah.

Untuk memberi semangat pada Nina...saya tunjukkan gambar seorang Jutawan Muda - Raja Safuan yang kekurangan dari segi fizikal tapi berjaya menjadi Jutawan IT di usia yang sangat muda. Saya mengenali beliau apabila beliau memberi perkongsian yang hebat tentang Online Business semasa Seminar Dr Azizan. Terpukau saya melihat kegigihannya . Ramai yang mengejek dan menyoal kebolehannya , tetapi berkat kesungguhannya , beliau akhirnya berjaya. Saya pasti ramai lagi di luar sana yang diduga dengan dugaan yang lebih dahsyat tetapi tabah menghadapi dugaan. . Seorang ibu hebat bernama K Noraini Ariffin -'adik' saya adalah ibu yang sangat berjaya. Beliau ceritakan kepada saya bagaimana beliau berusaha gigih membesarkan anak-anaknya hasil usaha menjual dan membuat perniagaan jualan langsung. Beliau memasukkan barangan ke dalam troli di Pasaraya Besar dan berjual dari kedai-kedai di dalam Pasaraya Besar ... dan salah seorang anaknya adalah anak istimewa ...anak OKU. Ibu tabah ini sememangnya bangga kerana anak istimewanya kini telah berjaya. Malahan semua anak K Noraini berjaya ke menara gading. Ada yang belajar di luar negara dan K Ani sendiri pernah tinggal di New York berbulan-bulan lamanya menemani anaknya. Kini semua anak K Noraini memegang jawatan tinggi berkat usaha beliau dan suami.  Tahniah K Ani ! Tahun depan K Ani akan menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 40 bersama Hj Masol. Saya ingin menjadi orang pertama untuk mengucapkan tahniah pada K Ani dan Abg Haji . Saya sangat terhutang budi pada K Ani  kerana K Ani adalah salah seorang yang berdiri teguh disebelah saya saat saya tergapai-gapai mencari harga diri....

Sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita amat sedih. Ibu kepada sahabat karib Nina - Amelia telah pulang ke rahmatullah. Arwah di langgar lori . Tergamam saya. Innalillahiwainna ilaihi rooji'un. Semoga Amelia tabah menghadapi saat getir ini. Saya katakan pada Nina...Bersyukur lah Nina. Walaupun Nina di duga Allah dengan Bell's Palsy...tapi Nina masih ada saya.......tetapi Amelia .....tiada lagi tempat bermanja. Saya mengenali Amelia kerana beliau rakan satu dorm Nina semasa di sekolah menengah di asrama dan pernah bermalam di rumah saya. Sebagai anak bongsu Amelia amat manja dengan ibunya.  Baru-baru ini Nina ada bercerita tentang hebatnya Amelia...mendapat 4 flat semasa peperiksaan semester dalam jurusan Accountancy. Nina pun ingin mencapai tahap yang sama - rakannya menjadi inspirasi untuk beliau lebih berjaya. Tetapi..... Amelia juga mesti bersyukur kerana Allah menganugerahkan beliau dengan minda yang hebat sehingga mendapat keputusan yang cukup cemerlang . Saya pasti arwah ibunya inginkan beliau menjadi Akauntan yang berjaya. Sabar Amelia...redhakan pemergian ibunda tercinta...Allah lebih menyayanginya.
Al Fatihah untuk arwah Pn Khairol Barriah bt Che Soh.

No comments:

Post a Comment