Friday 11 October 2013

My Story....Roslaila Puspa Deraman Pt 10

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....

PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN...

Kalau dulu....mungkin kami akan terlalu merasai bahawa penantian adalah satu penyiksaan. Tetapi kini alhamdulillah....di izinkan Allah boleh menerima segala ketentuanNya. Redha dengan apa yang di takdirkan Allah. Sebenarnya, semalam kami baru mendapat berita tentang Visa Haji Persendirian yang di pohon secara swasta  ( tidak melalui Tabung Haji ) di tolak di saat-saat akhir. Sedangkan...2 malam yang lepas kami di hubungi oleh pihak Travel Agent memberitahu bahawa Visa kami telah diluluskan dan meminta kami membuat bayaran segera supaya urusan untuk menunaikan Haji dapat di lakukan serta merta. Tanpa berlengah saya terus ke Ampang - ke pejabat Travel Agent untuk membuat bayaran dan paling menyeronokkan, kami telah di beri Bag pakaian, Kain Telekung untuk wanita dan kain ihram untuk bakal jemaah lelaki, bag sandang dan 'check in baggage'. Orang yang paling gembira pada saat itu adalah ibu mertua saya yang sememangnya amat teringin untuk menjejakkan kakinya ke Mekah . Kali terakhir beliau ke Mekah semasa mengerjakan Haji bersama arwah bapa mertua pada tahun 1992. Dan semalam apabila kami memerima pesanan ringkas dari Travel Agent yang mengatakan Visa Haji kami tidak lulus....walaupun saya menerima dengan hati yang terbuka...berlapang dada.....redha...kerana saya pasti ada hikmahnya.....tetapi saya agak was-was untuk 'memecahkan berita; ini kepada Ibu Mertua saya - bimbang beliau akan terlalu kecewa. Kerana saya masih terbayang disaat saya memberitahu yang kemungkinan besar Visa diluluskan , beliau terus menerpa dan memeluk saya dan airmata nya terus mengalir tanda syukur kehadrat Allah kerana hajatnya akan diperkenankanNya . Ucapan Alhamdulillah tidak putus-putus keluar dari mulutnya. Dan saya masih ingat bagaimana mata ibu mertua bercahaya apabila saya pulang membawa 3 set bag dari Travel Agent untuk beliau, saya dan suami. Dan pada malam yang sama, beliau menelepon semua anak-anaknya untuk datang berkumpul di rumah saya kerana beliau amat yakin kami dapat mengerjakan Haji...dan tanpa berlengah, ibu mertua saya terus...mengemas barang-barang keperluan Haji ke dalam beg-bag yang baru diterima. Beg-beg itu terus di letakkan di tepi pintu....Harapan beliau amat tinggi untuk ke sana ..dan hampir setiap waktu beliau akan bercerita tentang kisah-kisah sewaktu beliau mengerjakan Haji buat kali pertama dulu....semuanya masih segar dalam ingatan beliau.....Walaupun cerita yang sama diulang beberapa kali...saya tetap mendengar dengan penuh sabar...kerana saya tahu suatu hari nanti....jika diberi umur yang panjang oleh Allah.....mungkin saya juga akan megulang-ulang cerita yang sama...sepertimana arwah ibu saya...dan sekarang ibu mertua saya.....
Dan sekarang ....saya terpaksa pula memberitahu yang sebenarnya Visa Haji tidak lulus dan kami tidak dapat mengerjakan Haji pada tahun ini. Agak buntu juga fikiran saya...tetapi saya terus meminta pertolongan Allah untuk memudahkan kami berbicara dengan beliau dan supaya beliau dapat menerima takdir ini dengan hati yang terbuka. Menyedari suami saya agak rapat dengan ibunya, kami sepakat supaya suami yang memberitahu ibunya...Suami saya seorang yang pandai berkata-kata....dianugerahkan Allah sangat pandai menyusun kata .....Beliau bukan sahaja bercerita tentang masalah Visa Haji , malahan menambah pula dengan masalah ribut taufan dan cuaca yang tidak menentu di Arafah sekarang...Alhamdulillah.....Syukur ....ibu mertua saya menerima dengan hati terbuka...Lega hati saya mendengarnya...

In times of distress or when we desire something badly, we should't always assume what's good for us and what's not...because Allah may have decreed a different outcome. As Allah says in the Quran ( part of the verses )..and it may be that you dislike a thing which is good for you...and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know ( Qura'n Al Baqarah : 216 ). When struck by an affliction therefore, we have to be patient and control of oneself . That is possible when we elevate ourselves to a high enough spiritual level where our Iman or Faith in Allah an help us ride the wave.

Setiap manusia yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, sudah pasti akan sentiasa merindui tempat-tempat suci itu. Dan hati-hati mereka akan tertarik untuk ke sana lagi. Saya masih teringat momen-momen indah semasa saya mengerjakan Umrah bersama Wakil-Wakil Avon dan Pengusaha Butik Avon yang mencapai target jualan pada bulan Mac tahun ini. Ini merupakan Umrah pertama yang dikendalikan oleh pihak Avon . Sebagai Ketua Rombongan Jemaah Avon, banyak persediaan yang kami  lakukan dari awal lagi. Dan kami juga telah memilih Tabung Haji Travel sebagai Agen Pelancongan untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah ...berkat usaha anak-anak buah saya terutama Pn Mazni Abdullah....semua berjalan lancar walaupun terdapat sedikit dugaan bilamana bas kami terpaksa menunggu lebih dari 2 jam di Bir Ali - tempat Miqat , dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah...Hanya Allah yang tahu bagaimana bimbangnya hati saya kerana jemaah yang hilang itu adalah jemaah perempuan yang amat baik dengan saya dan saya juga mengenali suami dan anak-anak beliau. Bayangkan sekiranya perkara buruk yang berlaku....Nauzubillah...Pada saat itu, ramai jemaah dari bas kami yang turun menbantu mencari rakan yang hilang...Terima Kasih Pn Nora Hashim, Pn Asiah Mahusin...yang 'tawaf' berpuluh kali mengelilingi kawasan masjid dan tempat parking untuk mencari rakan tadi.....Setelah lebih 2 jam menunggu...dan mencari kami terpaksa meninggalkan Bir Ali tetapi kami memanjat doa kepada Allah supaya melindungi Jemaah yang hilang dan supaya kami dipertemukan semula dengan beliau. Berkat doa semua jemaah-jemaah Avon...dan dengan izin Allah...selepas beberapa minit sahaja bertolak dari Bir Ali, kami mendapat panggilan dari pihak Tabung Haji mengatakan Jemaah kami yang hilang telah menumpang bas dari Group yang lain . Beliau panik apabila selesai mengerjakan solat sunah Ihram...beliau tidak nampak seorang pun rakan-rakan dari bas yang sama di dalam masjid. Puas beliau mencari...tetapi tiada bas yang bertanda Avon dan..dengan sebab itu beliau menahan bas dari Malaysia untuk membawa beliau ke Mekah dan menunggu kami di sana. Apabila kami sampai di Mekah, jemaah yang hilang tadi telah menunggu kami dan kami berpelukan apabila bertemu semula...Dugaan ada di mana-mana. Hanya dengan sabar...syukur dan redha...segalanya akan dipermudahkan..Akhirnya...kami semua selamat menjalankan ibadah Umrah...berkali-kali...makan Nasi Mandi setiap hari ...tinggal di hotel mewah di Zam Zam Tower ...yang mengadap Pintu King Abdul Aziz...bersama-sama berulang alik ke Masjidil Haram. Dan semasa di Madinah, saya dan jemaah perempuan sama-sama beratur menunggu giliran untuk memasuki Raudhah. K Ani Ariffin, K Ani Hassan, K Kamariah Hassan , K Mariam Yusoff, Rosiah Salim, Norainin Che Kob, Asiah Mahusin, Pn Nora Hashim sekeluarga ,K Aminah Taharim sekeluarga, Elizawaty dan Zahid., Pn Rusyati Saad, Pn Naseriah, En Khadari dan isteri... . dan ramai lagi yang nama mereka yang saya tidak tersebut di sini. Saya masih ingat bagaimana saya dan jemaah -jemaah bersembahyang sunat dan berdoa di depan Multazam setelah selesai melakukan Tawaf . Berjurai airmata kami ....apabila sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kebaikan ....di saat itu saya menanam semangat untuk mengadakan Umrah lagi untuk Wakil-Wakil Avon dan Pengusaha Butik supaya semua boleh mendoakan yang terbaik supaya syarikat terus maju dan kukuh....tapi apakan daya...saya tidak bersama lagi syarikat...hanya doa saya setiap hari supaya semua Wakil Avon dan Pengusaha Butik Avon  terus maju dalam perniagaan mereka ...dan mereka akan kaya...berjaya di dunia dan di akhirat...

Syukur Ya Allah.......malam ini kami telah menempah Pakej Umrah bersama Travel Agent yang lain untuk menunaikan hajat ibu mertua saya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Insya Allah saya dan suami akan membawa ibu mertua untuk menunaikan Umrah pada Januari 2014....Semoga di permudahkan Allah...

Selamat Malam....terasa rindu yang amat sangat pada rakan-rakan , adik-adik dan keluarga ke 2 saya....keluaraga Avon....

No comments:

Post a Comment