Monday 7 October 2013

My Story...Roslaila Puspa Deraman...Pt 9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Saya sangat tertarik dengan kata-kata C.S Lewis...

You are never too old to set another goal or to dream a new dream. 

Pada umur 45 tahun, cerita hidup saya bertukar dan saya di takdirkan untuk memulakan sesuatu yang baru. Saya benar-benar yakin.....Allah takdirkan ini untuk memperbaiki hidup saya....memberi peluang untuk saya mendekatkan diri padaNya...,...Bersyukur kerana di beri peluang ini....bayangkan jika nyawa saya di ambil di saat leka dengan duniawi.....di saat saya melambat-lambatkan waktu sembahyang kerana mementingkan mesyuarat yang tidak habis-habis.....sembahyang sekadar melakukan ibadah wajib tanpa betul-betul ada connection dengan yang Maha Esa...Syukur padaMu Ya Allah di atas peluang ke 2 ini....Syukur kerana sekarang ini saya tidak perlu lagi meredah jam di pagi hari....Ya Dr Azizan....sayalah salah seorang yang berada di Federal Highway saban pagi dan malam...hanya untuk mengejar gaji yang akhirnya habis sebelum akhir bulan...

Walaupun pada awalnya saya agak kekok meneruskan Fasa baru hidup saya ...sebagaimana yang pernah saya kongsi sebelum ini, tetapi dari hari ke hari saya semakin mensyukuri setiap apa yang saya perolehi ...walaupun hidup tanpa gaji....tapi saya rasakan kehidupan yang lebih diberkati. Bila kita yakin bahawa rezeki di tangan Allah...saya pasti rezeki yang lebih besar sedang menanti. Saya bercita-cita untuk menambahkan sedekah setiap hari apabila mempunyai kewangan yang kukuh suatu hari nanti. Semoga Allah mempercepatkan cita-cita saya ini.

Hari ini saya ke pusat penghantaran duit antarabangsa untuk menghantar duit kepada suami dan anak-anak pembantu rumah saya - Bibik. Saya terpaksa beratur untuk menunggu giliran sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Saya dapati ramai sekali pekerja-pekerja Asing yang beratur untuk menghantar duit untuk keluarga masing-masing. Ada yang dari Nepal, Bangladesh , Indonesia dan Pakistan. Baru saya sedar...hanya saya seorang rakyat tempatan yang beratur menunggu giliran di situ. Tak apa lah...bisik saya....saya hanya ingin membantu Bibik supaya suami dan anak-anak dapat sama merasai rezeki yang di perolehi oleh Bibik. Saya sebenarnya kagum dengan ramai pekerja asing di sini. Mereka sanggup meninggalkan suami atau isteri , anak-anak,  ibubapa dan keluarga tercinta semata-mata untuk mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia. Tetapi...rakyat kita sendiri....masih di buai mimpi...tidak mahu bersusah payah untuk berlumba- lumba mencari rezeki. Ramai anak muda kita hanya tahu bergaya....memegang telefon yang mahal harganya....minum hanya di Starbuck dan Coffee Bean....
Saya lihat yang beratur di depan saya adalah seorang anak muda dari Nepal, berusia belasan tahun ataupun awal 20an. Dengan senyuman beliau menggenggam segumpal duit RM 50 yang telah diikat kemas. Bercahaya matanya...saya pasti beliau bangga berjaya mendapatkan rezeki untuk di kongsi bersama keluarga di tanah air. Murni sungguh hati anak muda ini...Teringat juga saya pada Pengawal Keselamatan yang bertugas di pintu masuk perumahan tempat saya tinggal yang majoritinya berasal dari Pakistan. Apabila melepasi Pos Pengawal, suami akan berhenti untuk mengucapkan Assalamualaikum dan bertanya khabar kepada mereka.....mata mereka bercahaya...apabila di sapa begitu...mungkin tidak ramai yang bertanya khabar ...kerana ramai yang memandang hina. Ada Pengawal yang suka mencuit pipi anak bongsu saya bila kami turunkan cermin tingkap kereta...saya pasti mereka merindui anak-anak di kampung halaman.

Bila anak-anak saya melahirkan rasa tidak puashati tentang kerja-kerja yang di lakukan Bibik...seperti baju yang di basuh tidak dicampur 'Softlan'..., atau baju yang di gosok tidak elok..saya katakan pada anak-anak...Bibik itu PEMBANTU RUMAH...jadi tugasnya membantu ibu. Kalau kurang elok pekerjaan Bibik, jangan di tengking atau diherdik. Bibik juga manusia biasa...dan tidak sempurna. Bibik juga adalah orang yang lebih tua... Bila di minta berbuat sesuatu, kadang-kadang Bibik lupa...saya katakan...itu biasa. Kalau Bibik ini orang yang pandai sudah tentu beliau sudah memegang jawatan tinggi di Indonesia.... sudah jadi peguam, doktor atau setidak-tidaknya guru. Di sebabkan kesempitan hidup , beliau datang dari tanah seberang untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya. Sanggup berpisah selama 2 tahun semata-mata untuk mencari rezeki di sini. Saya pernah terfikir sendiri...mampukah aku berpisah dengan anak-anak seperti yang di lakukan Bibik untuk mencari rezeki ? Jawapannya...memang tak sanggup. Alangkan  meninggalkan selama beberapa hari sahaja saya sudah menangis rindukan anak-anak, ini kan pula bertahun lamanya. Alhamdulillah ...dengan izin Allah saya tidak pernah di duga dengan Bibik - bibik yang terlalu bermasalah.  Tidak pernah mempunyai pengalaman Bibik yang lari dari rumah. Syukur Ya Allah...walaupun Bibik yang ada sekarang adalah Bibik yang ke 8 menjadi Pembantu Rumah saya ....Setiap kali selepas solat...saya panjatkan doa pada Yang Esa semoga Bibik saya terus bekerja dengan rajin, jujur dan amanah...dan di tutup pintu hatinya dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik kepada keluarga saya. 
Sama-sama kita cuba pandang pekerja asing dari sisi berbeza...bukan hanya sebagai pembawa sengketa dan musibah kepada negara. Saya ingat pesan Mentor Hebat No 1 Asia - Dr Azizan Osman...apa yang kita fikir...apa yang kita cakap dan apa yang kita rasa adalah DOA. 

Terima kasih semua pembaca...sahabat-sahabat saya..keluarga saya...sila berikan komen anda tentang penulisan saya kerana tujuan saya adalah semata-mata berkongsi pengalaman ...dan perasaan ..yang mungkin tidak selesa di mata anda.....Saya sayang anda semua ...

3 comments:

  1. assalamualaikum....

    sgt2 bersetuju,, kita perlu lihat sesuatu dari sudut lain. Bibik, pengawal keselamatan, tukang sapu dan tukang cuci tandas di pasaraya juga manusia biasa. Mereka mungkin tak seronok melakukan kerja kerja sebegitu,,tapi demi mencari rezeki halal..

    ReplyDelete
  2. You are a blogger now. I do not know that you can write this well. After reading all your stories, I fell glad to have friend like you. Sincere and honest. Time heals. As we continue our journey many new things are discovered. It's a matter of how sensitive we are to realise it. In life, I live to learn and learn to live. Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....thank you Sis dan my sahabat Burn. This is my new passion ....Allah bukakan hati dan minda untuk berkongsi dan membantu seramai mungkin ....

      Delete