Tuesday 22 October 2013

My Story...Roslaila Puspa Deraman Pt 13

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Memang best !!!! Pasukan  Red Warriors mendahului  Pasukan ATM dengan 2-0. Saya benar-benar berharap keputusan ini akan kekal sehingga tamat. Yess !!!! Alhamdulillah. Kelantan menang !!!Saya memang suka menonton Pasukan Favourite saya - The Red Warriors dan tidak akan melepaskan peluang untuk berada di depan TV setiap kali pasukan kegemaran saya ini beraksi. Sebagai rakyat Kelantan, tentunya saya amat berbangga dengan kehebatan pasukan Kelantan yang begitu konsisten . Setiap kali menyaksikan perlawanan - saya terus terbayangkan Sales Team yang pernah saya terajui dulu. Apakah penyebab utama sesuatu pasukan itu berjaya ? Ianya tidak terletak pada satu individu....bukan kerana Apek si Penjaga Gol yang berpengalaman menepis setiap serangan, tidak juga pada Farhan yang terus mengasak sehingga berjaya menembusi gawang gol lawan. Bukan pada Piya yang mebuka jalan dengan gol pertama ...tetapi ....Satu pasukan memerlukan semua pemain untuk bermain sebaik mungkn untuk berjaya. Dari Jurulatih Bojan Hodak hinggalah kepada pemain impot Wakame mahupun pemain simpanan , semuanya perlu mempunyai cita-cita yang sama - misi dan visi yang sama . Semalam saya menrima sms dari beberapa anak buah saya yang mengatakan mereka amat rindu pada saya...rindu pada masa kami bersama ....Hanya Allah Yang Tahu bagaimana rindunya saya juga pada mereka...kerana saya telah menganggap semuanya sebagai sebuah keluarga yang besar. 

Banyak saat-saat manis dan suka duka yang kami lalui bersama. Antara yang paling manis mestilah semasa kami melancong ke luar negara. Banyak negara yang telah kami lawati - dari trip pertama ke Paris ( semasa saya mula- mula menjadi District Manager ) sehinggalah trip terakhir bersama Team Zone Manager  melancong ke Florida, Amerika Syarikat. Kami sememangnya tahu yang kita tidak dibenarkan membawa sebarang makanan apabila melancong ke US kerana itu bukanlah kali pertama kami melancong ke negara  itu.  Kami juga tahu kami akan melalui Pemeriksaan Imigresen yang amat ketat sekali. Kami dah bersedia sebenarnya . Saya dah masukkan serunding daging dan sambal ikan bilis didalam bag yang berlainan. Ini adalah antara tip yang boleh pembaca gunakan semasa melancong. 'Pack' kan bekalan makanan didalam beberapa bag yang berlainan. Jadi sekiranya satu bag ditahan dan diminta untuk dibuka oleh pihak Imigresen, selalunya pihak Imigresen akan mengambil atau membuang makanan tersebut. Sekiramya ini berlaku, masih ada lagi bekalan makanan yang selamat didalam bag yang lain. Tetapi ada juga di antara anak buah saya yang terlupa untuk melakukan perkara rutin ini. Ada yang terlupa. walaubagaimanapun disebabkan beliau ikhlas untuk membawa makanan untuk dimakan bersama semasa di US, Allah permudahkan usaha beliau. Cuba bayangkan - beliau berjaya membawa masuk nasi bersama sambal sotong ke US didalam hand carry bag. Bila ditanya oleh Pegawai Imigresen ' what food is this ? '. Beliau dengan selambanya menjawab ANIMAL SAMBAL. Bila ditanya 'What type of animal ?'. Dengan hati yang tulus dan ikhlas beliau menjawab - SQUID ! Terus Pegawai Imigresen meminta beliau untuk melepasi  kawasan permintaan bersama Sambal Sotong nya !!!! Selamat !!!! Dan dapatlah kami menikmati sambal- sambal Noradura yang sangat sedap sepanjang trip kami. Tq Nora. Everytime masak sambal sotong - mesti ingat your animal sambal !!!
Sememangnya kami sangat mesra. Di pejabat juga saya di panggil KAK oleh semua anak-anak buah saya. Walaupun ada yang mengatakan panggilan itu akan membuatkan suasana kerja agak kurang professional, tapi saya percaya walaupun dipanggil kak- saya masih boleh menyatupadukan Jabatan Jualan dan bersikap tegas apabila keadaan memerlukan. Pada semua anak2 buah saya - saya selalu tekankan supaya mereka Menambah Nilai hidup setiap individu yang mereka jumpa dan latih setiap hari samada Avon Puteri , GC mahupun SL. Bila kita lakukan kerja dengan ikhlas - orang akan dapat merasai keikhlasan kita. Saya doakan seluruh Sales Team akan sentiasa bersemangat untuk mencapai target jualan syarikat walaupun saya tidak lagi bersama .  Buat lah yang terbaik - Do Your Best - Let Allah take care the rest !!!

Love You All...Big Huggs...

No comments:

Post a Comment