Sunday 27 October 2013

My Story .....Roslaila Puspa Deraman Pt 15

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan Allah dengan setiap nikmat yang dikecapi kini. Dengan izinnya blog saya telah mencapai 3000 lebih viewers . Sesuatu yang memang saya tak sangka. Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada saya untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang saya lalui. Semoga ianya sedikit sebanyak boleh dijadikan tauladan dan sempadan buat semua. Disebabkan sekarang saya mempunyai banyak masa dirumah bersama anak-anak, saya dapat melihat kemesraan anak- anak diantara satu dengan yang lain. Ada juga sesi bergaduh , sesi 'mereport' oleh di adik tentang hal- hal kakaknya.  Ada sesi mesra ....dan bermacam- macam lagi. Sangat indah momen- momen yang saya lalui. Boleh sembahyang berjemaah bersama anak-anak. Dan saya doakan pembaca juga akan dianugerahkan nikmat masa oleh Allah. Kadang-kadang saya merasa kasihan  memandang anak-anak saya yang terpaksa menghabiskan banyak masa hanya di dalam rumah. Bermain melalui 'game-game' komputer, hanya sekali sekali sahaja saya mengizinkan mereka bermain di padang permainan , itu pun mesti di temani oleh anak lelaki saya - Boy apabila beliau pulang bercuti di asrama. Lain benar rasanya jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak saya dulu.  Bila tinggal dikampung, suasana kanak- kanak yang saya lalui amat seronok sekali. Saya boleh mandi manda di sungai, bermain galah panjang , teng teng, main menyorok- nyorok, menarik upih juga pernah dengan rakan- rakan. Ramai kanak- kanak hari ini tidak tahu apa itu galah panjang, apa itu teng teng. Setiap petang saya dan rakan-rakan akan bermain galah panjang, teng teng dan kadang-kadang congkak. Sungguh indah saat itu....dan adakalanya kami akan beramai-ramai pergi ke Sungai untuk mandi manda. Air sungai memang sangat jerneh. Saya memang suka menyelam ke dasar dan melihat ikan-ikan kecil dan batu-batu yang cantik. Bayangkan ...saya juga boleh mengapungkan diri dan membiarkan diri terapung ....sungguh tenang dan rileks sekali. Tetapi disebabkan leka bermain dan mandi manda di sungai, ibu saya terpaksa mencari saya saya kerana hampir pukul 12.00 tengahari , saya belum bersiap untuk ke sekolah !!! Panjang leteran ibu...dan ibu terpaksa meminta jiran menghantar saya menaiki motorsikal untuk ke sekolah.
Mengenangkan suasana indah itu...saya nekad untuk membawa anak-anak menjejaki momen-momen indah saya di kampung walaupun kampung itu telah lama kami tinggalkan . Semasa cuti hari raya baru-baru ini, kami sekeluarga balik ke Kelantan . Saya menempah Home Stay di kampung . Setelah menziarahi kubur arwah bapa - saya terus membawa anak-anak ke hujung kampung. Alangkah sedihnya saya kerana jalan menuju ke sungai rupanya telah di tutup. Sungai yang dulunya menjadi tempat permainan saya sudah tiada lagi...Aduh...kecewa sungguh rasanya.... Kerana saya tidak dapat menjejaki dan menunjukkan pada anak-anak kehidupan indah yang saya pernah lalui dulu. Ibu saya meninggalkan kampung setelah bapa meninggal dunia kerana ingin berada dekat dengan keluarganya di Tanah Merah. Kediaman baru terletak di Tanah Merah dan berhampiran dengan bandar - jadi tiada suasana kampung yang anak-anak saya lalui.
   Saya sempat merakam pokok Ciku yang saya pernah tanam di sebelah rumah peninggalan arwah Abah saya. Masih berbuah lebat dan sentiasa menjadi tumpuan jiran-jiran. Kerana rumah ini telah kami tinggalkan, jadi pokok ini telah menjadi pokok wakaf. Setiap kali pulang ke kampung , hati saya hiba...sesuatu yang saya tidak boleh  kongsi dengan pembaca. .....terlalu pedih untuk saya luahkan....

Setiap kejadian yang berlaku, sudah pasti ada hikmahnya. Kami redha ....dan hanya mendoakan yang terbaik buat kedua-dua ibubapa saya . Semoga roh kedua-dua ibubapa saya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Apabila bapa saya meninggal hampir 19 tahun lalu...adik-adik saya masih belajar. Yang paling bongsu baru sahaja di Tingkatan Satu dan adik perempuan bongsu baru sahaja memasuki Universiti Malaya. Adik lelaki masih di Politeknik dan seorang lagi baru sahaja menamatkan pelajaran di UiTM. Sudah menjadi tugas kami untuk memastikan pelajaran adik-adik terjaga dan tidak terabai. Saya dan kakak mengambil tugas memastikan semua adik-adik mendapat pelajaran sebaik mungkin. Walaupun kadang-kadang kami terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran dan perbelanjaan adik-adik, saya lakukan dengan ikhlas dan saya bersyukur kerana suami tidak pernah membantah untuk saya membantu ibu dan adik-adik.  Dan Alhamdulillah...saya benar-benar bersyukur kerana semua adik-adik saya berjaya di bidang masing-masing. Dua orang menjadi usahawan yang berjaya, adik perempuan berjaya sebagai Jurutera dan yang bongsu sekarang merupakan seorang Pengarah di Jabatan Kerajaan. Saya pasti sekiranya ibu dan bapa masih ada lagi, mereka akan bangga dan bersyukur dengan setiap kejayaan anak-anak. Saya selalu ceritakan pada anak-anak tentang tanggungjawab terhadap adik-beradik. Saya ceritakan setiap kesusahan yang saya lalui....Kenapa saya sangat menghargai kakak saya - Kak Long .Semasa saya di sekolah rendah, saya agak nakal dan selalu malas ke sekolah, tetapi K Long yang akan membawa beg sekolah saya.. Cuba bayangkan beliau yang bertubuh kecil terpaksa membawa 2 bag sekolah  setiap hari kerana saya enggan bawa beg saya. Bagi saya, sekiranya K Long tidak bersungguh-sungguh berkorban tenaga untuk saya, saya tidak akan mencapai apa yang saya capai sekarang. Saya juga mengingatkan setiap anak untuk sentiasa besyukur dengan setiap rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan. Malahan apabila mendapat dugaan, kita masih perlu bersyukur ....kerana dugaan yang di terima sangatlah kecil berbandng dengan dugaan yang di terima oleh orang lain. Bila kita sentiasa bersyukur...hidup kita akan jadi lebih tenang.

Ya Allah...berilah kekuatan kepada ku.......walaupun hidup ini sering di timpa berbagai dugaan....tapi aku yakin dengan ketentuanMu Ya Allah....Walaupun ganjaran Mu bukan di dunia...aku redha. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui....Hanya Pada Mu aku ,eminta/.......hanya padaMu aku berserah....

No comments:

Post a Comment