Saturday 30 November 2013

My Story ...Roslaila Puspa Deraman Pt 19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah di atas setiap nikmat yang di anugerahkan oleh Nya. Setelah 5 hari berhempas pulas belajar dan menimba elmu untuk menjadi seorang Certified Trainer pada usia 45 tahun, akhirnya sesi latihan dan sesi penilaian  berjaya saya tempuhi . Pada saat ini saya boleh senyum dengan lega kerana 'assignment' akhir pun saya telah berjaya emelkan kepada Trainer saya - Mr. KD. 
Semalam - Sime Darby Convention Centre menyaksikan saya dan rakan-rakan seperjuangan menitiskan airmata mengucapkan tanda terima kasih yang tak terhingga kepada Trainer kami - KD seorang yang sangat berpengalaman di dalam bidang training. Walaupun sudah agak berusia, KD tetap bersemangat memberi sesi latihan dan membuka minda saya kepada sesuatu yang baru. Berwatakan kebapaan, menyebabkan timbul rasa hormat yang mendalam terhadap beliau. Beliau sanggup menunggu kami setiap hari . Walaupun sesi latihan berakhir pukul 5 petang, ramai di antara kami 'stay back' untuk menghabiskan 'assignment' yang di beri .Tambahan pula kami di nilai melalui sesi peperiksaan selama 2 jam dan juga 'Presentation Skill' di mana kami di minta untuk menyediakan satu 'Presentation' . Walaupun saya sudah biasa membuat 'presentation' tetapi apabila kami akan di nilai oleh 2 orang Penilai yang sangat berpengalaman, hati saya turut gementar . Bak kata arwah mak saya - ' Too many butterflies in the stomach'.  Walaupun sudah banyak sesi latihan yang telah saya laksanakan, tetapi apa yang saya pelajari 5 hari yang lepas amat saya hargai. Walaupun saya merupakan pelajar paling veteran dalam kelas sehinggakan ada yang memanggil saya dengan panggilan Bonda -  tetapi 'anak-anak' saya semuanya sporting dan sentiasa meminta untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Kami bagaikan sebuah keluarga yang besar. Walaupun kami berlainan bangsa - ada Melayu, berbangsa Tiong Hua , India dan seorang pelatih dari Iran, tetapi kami amat mesra. Keletah pelatih-pelatih muda mengingatkan saya kepada semua adik-adik saya yang masih berada di syarikat saya bekerja dulu. Cara kami bergurau, mengusik dan memberi komen-komen mengembalikan kenangan semasa saya bekerja dulu. Semalam, selepas selesai semua 'Presentation' , kami bercadang untuk mengadakan 'Party' perpisahan. Terbiasa untuk mengendalikan acara, saya mula berbincang dengan Banquet Manager , 'negotiate' untuk menu, harga dan sebagainya. Pengalaman dari syarikat menyebabkan semuanya berjalan lancar. Bila tiba masa untuk ber'party' semuanya sudah tersedia !!!! Ex Sales Support Manager lah katakan...
Isnin...akan bermula hidup sebagai seorang Certified Trainer....walaupun sebelum ini Qualified Trainer...tetapi syukur yang tak terhingga kerana walaupun pada usia yang agak senja, saya masih boleh mencapai satu lagi kejayaan besar dalam hidup sebagai Certified HRDF Trainer. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Semoga di permudahkan usaha saya untuk berkongsi elmu anugerah Allah ini dengan lebih ramai mereka yang memerlukan. 

Selamat Malam semua....Sweet dreams...

No comments:

Post a Comment