Monday 18 November 2013

My Story....,Roslaila Puspa Deraman Pt 18

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Agak lama juga saya tidak menulis. Disamping saya mula sibuk menyediakan modul- modul latihan , saya juga menghadiri kelas pelaburan saham. Alhamdulillah , setakat hari ni saya berjaya mencetak empat angka dalam masa tak sampai sehari. Alhamdulillah.... Syukur kepada Mu Ya Allah. Walaupun tanpa gaji yang tetap, tetapi rezeki dari Allah tidak pernah putus.
Hari ini saya sampai di Tawau , Sabah setelah berapa lama tidak ke sini. Tapi hari ini jugalah saya menaiki pesawat yang berlepas dari LCCT setelah beberapa tahun tidak berlepas dari Terminal Sibuk ini. Selama bertugas di syarikat, saya lebih biasa menaiki pesawat dari KLIA dan memang arif tentang jadual penerbangan dan juga lama masa yang dibenarkan untuk 'check-in'. Hari ini, saya di duga oleh Allah apabila saya tiba sejam lebih awal dari waktu berlepas dan mula beratur mengikut Kaunter R52 sebagaimana yang tertera di skrin informasi. Ramai sungguh yang beratur bersama saya , kebanyakannya bersama keluarga. Mungkin untuk melancong sempena cuti sekolah ini...ialah...Now Everyone Can Fly....
Tetapi...agak terkejut saya di buatnya apabila tiba di Kaunter, saya diberitahu bahawa penerbangan ke Tawau pukul 10.40 pagi telah ditutup lima minit yang lepas !!! Masya Allah - sepanjang hayat saya menaiki pesawat , saya tidak pernah lewat . Dan saya terpaksa beratur lagi di kaunter servis untuk mendapatkan tiket baru untuk penerbangan pada 12.15 tengahari. Aduuhhh....saya terpaksa juga menambah bayaran hampir RM 300.00 !!! Inilah penangan - Now everyone can fly.....
Tapi saya redha....ini dugaan untuk saya. Apabila mendapatkan pas masuk untuk penerbangan pada pukul 12.15 tengahari, saya terus menuju ke Boarding Area walaupun jam baru menunjukkan jam 10.40 pagi. Saya terus menuju ke Cafe dan menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk melihat balik slides-slides yang saya telah sediakan untuk program pada 19hb. Tepat jam 11.35 pagi, saya terdengar satu pengumuman - AK 5748 ke Tawau sedia untuk berlepas...terkejut besar saya. Wah....45 min sebelum penerbangan semua penumpang di minta beratur untuk berlepas...biar betul ni..bisik saya. Tanpa berlengah...saya terus beratur dan berjalan beramai-ramai menuju ke pesawat. Yang bagusnya.....saya dengan tidak sengaja telah berjaya berjalan kaki untuk jarak yang agak jauh - 'exercise' . Wah...ini mesti kena di war warkan ni - faedah yang kita boleh dapati apabila kita menaiki pesawat dari LCCT ni. Syarikat ini amat prihatin dan mempromosikan gaya hidup sihat - kerana semua penumpang di ajak untuk berjalan kaki - ber'exercise' sebelum di bawa masuk ke dalam pesawat. Saya rasa Mr Tony Fernandez perlu tekan ini dalam promosi -promosi nya...Now everyone can walk....
Malam ini saya berpeluang berjumpa 'adik saya' yang bersemangat tinggi untuk berjaya. Saya mengundangnya untuk makan malam bersama. Beliau bercerita tentang 'passion'nya untuk melihat Districtnya berjaya. Saya tahu beliau seorang yang berjiwa kental...pernah Menjadi Juara...cuma sekarang beliau hilang punca...tidak tahu apalagi cara untuk meningkatkan jualan...Saya katakan padanya...Kita jangan mendesak untuk mendapatkan jualan. Apa yang saya pelajari dari Mentor No 1 Asia - Dr Azizan Osman, kita hanya perlu BERKONGSI kelebihan syarikat, kelebihan barangan yang kita jual. Jangan JUAL . Bila kita mendesak dengan agresif semua pengedar untuk menjual barangan, mereka akan merasa penat dan akhirnya 'give up'. Tetapi bila kita KONGSI atau SHARE, dengan sendiri pelanggan akan berminat untuk membeli dan pengedar berminat untuk menjual...

Semoga dengan sedikit perkongsian malam ini , beliau mendapat sedikit inspirasi untuk memperbaiki strategi. Saya yakin...bila kita punyai nawaitu untuk membantu insan lain yang memerlukan...Allah akan bantu kita....InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Selamat Malam dari Tawau untuk semua ....

1 comment:

  1. Salam Kak Puspa... Kalau tak silap, kat airport tu ada kiosk untuk check-in... Atau check-in secara online... Next time, boleh la cuba...

    ReplyDelete