Monday 30 September 2013

Mati Hidup Semula part2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....Alhamdulillah....Bersyukur sangat pada Allah yang masih memberi saya dan keluarga peluang untuk meneruskan hidup pada hari ini....semoga Allah panjang kan umur kita  supaya kita boleh terus beribadah kepadaNya...memperbaiki diri untuk terus membantu masyarakat sedaya mungkin........mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah....berjaya di dunia dan di akhirat.

Semalam saya kongsi tentang tsunami yang telah melanda hidup saya. Bagaimana saya menangisi kejadian yang menimpa . Tetapi hari ini saya ingin menyambung dengan bagaimana saya bangkit semula. Bagaimana saya mula menghidupkan jiwa saya yang telah mati.  Empat bulan saya memendam rasa , mencari jalan untuk keluar dari keresahan jiwa. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya benar- benar bersyukur sebab dikelilingi oleh orang- orang yang terus memberi kata- kata semangat kepada saya. Bukan sahaja saya mempunyai keluarga sendiri, saya juga mempunyai keluarga ke 2 saya - iaitu rakan-rakan, adik-adik dan ,kakak - kakak yang saya kenali semasa saya masih bekerja di syarikat . Merekalah yang sentiasa menelefon bertanya khabar....menghantar pesanan pesanan ringkas , kata-kata motivasi melalui whatsapp dan sebagainya. Di saat inilah baru saya sedar....siapa sahabat sejati , siapa yang bersama saya hanya semasa saya memegang jawatan tinggi dan siapa yang masih berkawan dengan saya walaupun sekarang saya tak punya apa-apa kepentingan untuk mereka. Bak kata pepatah....Kawan sejati adalah kawan yang tetap bersama semasa susah...Real friendship is shown in times of trouble; prosperity is full of friends. * Euripedes . Terima kasih pada semua insan yang selama ini memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk saya meneruskan sisa -sisa usia di bumi Allah ini. Sahabat saya - Noorashikin Selamat membekalkan saya dengan 2 buah buku , La Tahzan dan sebuah lagi buku yang di tulis oleh Ustaz Kazim Elias - Jangan Bersedih.. Katanya - Che Pa...Jangan bersedih...bacalah ...semoga buku-buku ini menjadi peneman di kala sunyi. Memang benar....hari-hari pertama saya tanpa kerja saya isikan dengan menghabiskan buku-buku yang di beri oleh Noora - Terima kasih Noora. Buku-buku itu memang menjadi pengubat duka utama selain Al Quran yang saya sudah mempunyai masa untuk membaca dan memahami isi kandungnya sekali. Cuba bayangkan keadaan saya yang terlalu sibuk dari pagi sampai larut malam. Dan saya memang tidak boleh tidur sebelum pukul 12.00 malam untuk menanti report jualan supaya saya boleh kongsikan terus dengan anak-anak buah saya secepat mungkin. 24 jam saya bersama Blackberry menghantar email dan pesanan ringkas untuk Team Jualan , anak-anak buah di seluruh Malaysia , Pemilik-pemilik Francais mahupun Wakil-wakil pengedar. Tiba-tiba.....bila tidak lagi bersama syarikat....saya tidak tahu nak buat apa. Tiada lagi beratus -ratus  email yang perlu dibaca dan di jawab dengan kadar segera....tiada lagi kata-kata motivasi yang perlu di hantar  kepada anak-anak buah saya seawal 7.00 pagi setiap hari....tiada lagi meeting-meeting yang bermula 9.00 pagi dan berakhir 9.00 malam. . Cuba bayangkan kehidupan baru yang saya lalui setiap hari....Hampir setiap minit saya memandang handphone saya...Walaupun tidak lagi menggunakan Blackberry - tetapi menggunakan iphone 5 yang dihadiahkan oleh anak-anak buah saya semasa hari perpisahan.(  Thank you Sales Team.)....hampir setiap minit secara spontan saya mengambil iphone untuk melihat kalau-kalau ada email yang perlu saya baca dan jawab dengan kadar segera....kalau-kalau ada pesanan ringkas yang saya perlu jawab....tetapi semuanya telah tiada lagi.....Hari - hari saya lalui dengan menjadi surirumah sepenuh masa...dari pagi setelah menunaikan Solat Subuh...saya menghantar anak-anak ke sekolah. Kemudian masak ...hantar anak ke 2 ke Universiti...pulang mengambil anak di Sekolah Rendah. Itulah rutin harian saya . Suatu hari....anak bongsu saya bersuara...".Haikal suka ibu sekarang. Terima kasih ibu...Saaayang Ibu"..Allahu Akbar..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa perasaan saya di saat itu. Air mata  saya mengalir deras mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepada saya....Ya...nikmat MASA bersama suami dan anak-anak. Selama ini saya tidak punya masa untuk hantar dan mengambil anak-anak dari sekolah...apatah lagi memasak setiap hari untuk mereka. Selepas makan...Haikal akan berkata "Ibu...terrrrbaeekkk !! ". Ini betul-betul menaikkan semangat saya untuk memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak.

Saya perlu tidurkan Haikal sekarang...untuk bacakan doa-doa sebelum tidur dan buku-buku cerita kegemarannya...Selamat Malam semua. Jangan lupa Solat Witir sebelum tidur...


1 comment: