Monday 28 October 2013

My Story ....Roslaila Puspa bt Deraman Pt 16

Assalamualaikum dan Salam Sejahteta,

Alhamdulillah. Rezeki ditangan Allah. Tiba- tiba hari ini saya menerima jemputan dari 'adik-adik' saya ...mereka menjemput saya untuk makan tengahari .Sudah lama saya tidak makan di situ .... Restoren Seri Melaka di Amcorp Mall. Terima kasih adik -  adikku. Semoga kalian terus tabah menghadapi dugaan- dugaan  di pejabat. Sangat seronok mendengar cerita - cerita mereka . Ada yang lucu..., ada yang sedih... Tapi kini saya hanya boleh mendengar .... Kalau dulu kami berbincang untuk mencari solusi dan pelan  tindakan, tapi kali ini mereka sekadar boleh mencurahkan isi hati  . Saya tidak boleh lagi memberi sebarang solusi ... kerana saya kini adalah orang luar.  Walaubagaimanapun saya masih bersyukur kerana mereka masih mengingati diri ini.... Itu pun tanda- tanda rezeki . Rezeki persahabatan  yang tidak putus. Syukur.... Saya juga masih ingat pesanan Mentor No 1 Asia Dr Azizan Osman untuk sentiasa bersyukur dan bersedekah. Rezeki akan datang tanpa di duga. Besarnya rahmat Allah. Kadang- kadang kita hanya memandang rezeki hanya dari sudut wang ringgit, dan kemewahan semata- mata. Kita jarang menilai rezeki lain yang dianugerahkan Allah .Kita sebenarnya boleh senaraikan banyak rezeki yang Allah anugerahkan setiap hari kepada kita. Rezeki masa, rezeki sihat, rezeki anak-anak, rezeki pangkat, rezeki persahabatan......sehinggalah rezeki mendapat tempat parking di kawasan yang susah untuk parking kereta. Saya ingin berkongsi apa yang telah di 'postkan' oleh Dr Azizan hari ini supaya dapat sama di baca oleh pembaca yang bukan dari group Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman....Terima kasih Mentorku...Hanya Allah yang boleh membalas setiap elmu yang telah engkau ajarkan kepada kami.....

Katakanlah (  wahai Muhammad )
"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud :
"Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah , justeru ia akan bertambah, bertambah...dan bertambah..."
Hadis Riwayat A Tarmizi

Sememangnya kita perlu bersyukur di atas setiap nikmat yang dianugerahkan Allah kepada kita.....dengan cara itu...jiwa kita akan sentiasa tenang ...Saya ambil contoh... Dari mula- mula kita dikejutkan dari tidur - Syukur kerana masih  diberi peluang untuk hidup, Bila bisa berdiri dan berjalan - syukur kita masih boleh berjalan ,  masuk sahaja ke bilik air dan boleh membuang toksin dalam badan - syukur kerana sistem perkumuhan masih berfungsi sedangkan ada orang yang sudah tidak boleh membuang toksin dalam badan dan mengharapkan bantuan alat . Buka sahaja paip - syukur kerana kita mempunyai sumber air didalam bilik  air didalam bilik tidur kita . Sedangkan masih  ramai yang terpaksa keluar rumah untuk membuang dan mendapatkan sumber air. Cuba bayangkan jika kita boleh bersyukur diatas setiap apa yang kita lalui. Ini hanyalah beberapa minit selepas kita bangun- Saya telah mula meneliti setiap nikmat anugerah Allah setiap hari...dan semakin hari jiwa saya semakin tenang....Ini semua saya perolehi  setelah saya mengikuti kursus Dr Azizan Osman, Mentor saya inilah yang menyedarkan saya bagaimana kita perlu lebih bersyukur dengan setiap nikmat Allah. Alhamdulillah...hidup saya kini lebih bermakna. Saya ingin mengajak semua sahabat-sahabat, adik-adik dan anak-anak yang sedang membaca blog saya ini untuk mengamalkan apa yang telah saya praktikkan kerana dengan cara ini kita boleh mengubat hati yang luka...hati yang gundah...dan hati yang bercelaru...
Kadang-kadang saya merasa kasihan mengenangkan beberapa insan yang masih lagi mempunyai perasaan dengki dan hati yang masih penuh dengan dendam. Saya pasti hidup mereka tidak tenteram....tidur juga mungkin tidak lena...mereka yang masih jauh dari jalan Allah. Saya rasakan mereka diburu oleh bayang-bayang sendiri....dek perbuatan silam . Apabila hati telah hitam...setiap apa yang dilakukan oleh orang yang dibenci semuanya tak kena...sentiasa berada di dalam keadaan takut...Mereka ini lupa kita semua ini adalah Hamba Yang Maha Esa....kita semua sama...Setiap perlakuan akan dibalas...tidak takutkah mereka ? Saya hanya redha dengan apa yang telah dan bakal menimpa....kerana saya pasti Hanya Allah Penentu Segala... Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada mereka-mereka ini...

  

No comments:

Post a Comment