Tuesday 5 November 2013

My Story Roslaila Puspa bt Deraman. Pt17

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setiap dugaan Allah akan membuatkan kita semakin tabah dan yakin pada Yang Maha Esa. Alhamdulillah sekali lagi saya di duga ...tapi kali ini hati saya lebih tabah. Saya yakin Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada makhluk yang boleh menjejaskan keyakinan saya pada yang Esa.
Tidak pernah sekali pun saya menyesali apa yang telah di tentukan Allah untuk saya. Saya mula berkhidmat di syarikat pada 1 Julai 1991 pada umur yang masih muda. Apa yang menyebabkan saya ingin menyertai syarikat gergasi ini apabila saya sering terbaca di dada akhbar bagaimana syarikat hebat ini memberi anegarah tertinggi untuk para -para Ibu . Saya terus berazam untuk menyertai syarikat ini setelah berjaya memegang Ijazah Pengurusan Perniagaan. Alhamdulillah - apa yang saya hajatkan di makbulkan Allah. Saya berjaya di terima berkerja di syarikat Avon Cosmetics ( M ) Sdn Bhd . Dan bermulalah kerjaya saya sebagai Pengurus Daerah di Kuantan. Sebagai Pengurus Daerah , saya di tugaskan untuk membantu , membimbing semua Pengedar yang kami panggil Wakil Avon untuk berjaya meraih pendapatan yang tinggi. Objektif utama syarikat adalah memberi pendapatan lebih kepada semua orang. Sememangnya saya benar-benar teruja apabila melihat pengedar yang saya bimbing dan latih menjana pendapatan berlipat ganda. Ramai ibu tunggal yang boleh membesarkan anak-anak mereka walaupun tanpa bantuan suami. Ada yang mampu membayar sewa rumah walaupun suami tidak bekerja. Saya semakin bersemangat , lagipun waktu itu saya masih 'single', jadi tumpuan saya semata-mata hanyalah untuk membantu seramai mungkin pengedar untuk berjaya melalui perniagaan jualan langsung. Dari hari ke hari saya semakin 'cinta' pada syarikat kerana saya yakin inilah satu-satunya syarikat yang betul-betul menghargai setiap titik peluh yang di keluarkan oleh pengedar-pengedarnya. Saya teramat bangga apabila berjaya membantu ramai wanita dari bandar kecil ini pergi melancong ke luar negara. Dengan tekad dan azam yang tinggi , setiap ceruk daerah saya terokai. Berbekalkan kereta Proton Saga Putih kepunyaan syarikat, saya susuri jalan-jalan di Kuantan, Sg Lembing, Balok, Sungai Ular, Pekan, Kuala Pahang, Muadzam Shah, Felda Chini, Lepar Hilir,  dan juga Keratong.  Saya pernah di jemput oleh Ketua Kampung Orang Asli di Kuala Rompin untuk menunjuk ajar para-para wanita di kampung itu untuk menjaga ketrampilan diri dan kecantikan. Pada mulanya saya agak was was kerana saya tidak pernah memasuki perkampungan orang Asli. Nasib menyebelahi saya kerana ada di kalangan pengedar yang sudah biasa di kawasan itu dan membawa saya terus ke rumah Tok Batin. Alangkah terkejutnya saya kerana kawasan rumahnya amat bersih , simen di rumahnya berkilat dan serta merta ia mengubah persepsi saya terhadap orang Asli. Saya masih tidak dapat lupa peristiwa menghiaskan wanita orang Asli pada hari itu. Saya mulakan sesi saya dengan memperkenalkan rangkaian barangan keluaran syarikat dan seterusnya meminta salah seorang dari wanita orang Asli untuk menjadi model saya. Saya gunakan pembersih muka, di susuli dengan penyegar. . Semasa menyapu penyegar menggunakan kapas muka , saya perhatikan kapas itu betukar warna - mungkin kerana muka wanita ini tidak pernah di bersihkan sedemikian rupa. Mungkin bagi sesetengah orang akan merasa agak 'geli' , tapi pada saat itu, tiada langsung perasaan mual atau geli yang timbul. Pada saat itu saya hanya ingin membantu wanita orang-orang Asli untuk mengenali dunia kecantikan dan pandai menjaga kebersihan diri.  Saya sapukan pelembab dan kemudian mula mengenakan bedak asas untuk sesi Make Up.  Saya melakukan kerja-kerja saya dengan penuh khusyuk dan apabila saya mengangkat muka memandang kepada anak-anak wanita itu, tersenyum lebar saya ...kerana mulut anak-anak wanita itu semuanya ternganga !!!! Mereka terkejut melihat wajah ibu yang sangat cantik yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Alhamdulillah...saya benar-benar bersyukur kerana berjaya menunjuk ajar cara yang betul menjaga kulit dan mengenakan make up. Itu adalah pengalaman yang sangat berharga. Bukan semua orang mendapat pengalaman sebegini....  Dan pada hari itu, saya dan pengedar berjaya menjual kesemua barangan jagaan kulit dan make up untuk wanita-wanita di situ. Mereka semuanya berduit !!!! Saya terus meminta pengedar di kawasan itu untuk terus membantu wanita-wanita di perkampunga itu hinggalah akhirnya pengedar di kawasan itu menjana pendapatan yang tinggi dan mendapat pengiktirafan daripada syarikat.  Itu antara kenangan-kenangan manis yang  yang memang saya tidak dapat lupakan sehingga hari ini. Walaupun kini saya tidak lagi bersama syarikat , tetapi semangat ingin membantu wanita untuk berjaya masih menebal di dalam jiwa saya. Perkataan BERJAYA amat besar maknanya. Bagi sesetengah orang -kejayaan di kaitkan dengan kekayaan. Tapi bagi saya, apabila seseorang boleh meningkatkan keyakinan diri, memperbaiki taraf kehidupan, membantu keluarga, berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari semalam, itulah bermulanya KEJAYAAN...
Alhamdulillah, hari ini saya meneruskan azam dan tekad saya ini melalui syarikat saya sendiri - Knowledge Enrichment Consultancy - Syarikat Penyedia Latihan .  Kepakaran saya adalah membantu mereka yang ingin lebih berjaya dalam hidup, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , menjadi idola kepada keluarga dan masyarakat. Saya akan memulakan Sesi pertama saya di Tawau, Sabah pada 19 November ini. Tidak sabar rasanya untuk kembali beraksi.... turun padang dan membantu dan berkongsi pengalaman.  !!!! .

No comments:

Post a Comment