Saturday 5 October 2013

My Story...Roslaila Puspa bt Deraman Pt 7

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas telah bermula Peperiksaan PMR dan minggu  depan bermula minggu peperiksaan akhir tahun bagi anak-anak di sekolah rendah. Mungkin ramai ibu bapa yang akan sibuk memastikan setiap anak membuat ulangkaji pelajaran , ramai ibu bapa yang akan menyorokkan kad Astro untuk memastikan anak-anak menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan tidak menonton TV. Ramai juga ibubapa yang mengambil cuti semata-mata untuk membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran. Ramai ibubapa akan berasa bangga apabila anak mereka mendapat 'straight As ', menjadi pelajar contoh dan menjadi kebanggan guru di sekolah. Ada ibubapa yang tak henti-henti bercerita pada kawan-kawan tentang kehebatan dan kepintaran anak-anak mereka kepada rakan-rakan sepejabat dan saudara mara. Tidak di nafikan pelajaran merupakan perkara penting kerana tanpa pelajaran , ramai yang berpendapat anak-anak tidak boleh berjaya . Ramai ibubapa yang saya kenal mengalami stress apabila anak mereka tidak mendapat banyak A dalam pelajaran. Tetapi tidak ramai ibubapa yang stress melihat anak-anak mereka tidak mengerjakan solat , tidak ramai ibubapa yang berkomunikasi dengan anak-anak untuk membina sahsiah diri, mengingatkan mereka tentang tata susila dan berbudi bahasa, menghormati orang tua. Saya dan suami mempunyai pendapat yang berbeza. Kami katakan pada anak-anak, "ibu dan babah tidak akan bangga bila anak-anak mendapat semua A  tapi tidak mengerjakan solat, tidak menghormati orang tua, tidak berpuasa dan suka melepak-lepak bersama rakan-rakan di Restoren-restoren makanan segera mahupun di shopping mall. Bagi kami biarlah anak-anak kami berusaha untuk berjaya, walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang sederhana tetapi solat tidak di lupa, aurat perlu di jaga , berbudi bahasa dan menjaga tata susila dan menghormati orang yang lebih tua. Kerana anak-anak adalah permata yang menjadi lambang keperibadian ibubapa. Setiap hari saya panjatkan doa pada yang Maha Esa supaya semua anak-anak saya menjadi anak-anak yang Soleh, Solehah, berjaya di dunia dan di akhirat kerana mereka adalah bekalan saya dan suami di akhirat nanti.

Ramai ibubapa yang tidak pernah mengadakan mesyuarat keluarga. Mesti ramai yang tertanya-tanya - apa itu mesyuarat keluaraga ? Mesyuarat keluaraga adalah bila ibubapa berkumpul dengan anak-anak bertanya khabar, bertanya masalah , buat review dgn anak-anak apa yang bagus yang mereka telah lakukan dan apa yang kurang  yang perlu di perbaiki  . Kadang-kadang kami selitkan juga tafsiran-tafsiran dari Al Quran bagi memberi panduan kepada anak-anak. Walaupun ianya bukanlah mesyuarat yang ideal dan sempurna terutama bila si Bongsu Haikal mencelah dengan soalan-soalan yang susah nak di jawab...seperti Allah tu tinggal kat mana ?....Allah tidur kat mana ? Pening juga kepala saya nak menjawabnya...Bagi anda yang sudah biasa melakukan mesyuarat ini - Syabas !!! Bagi mereka yang belum pernah...saya cadangkan anda cepat-cepat lakukannya. Ianya memang bermakna untuk anak-anak. Kita juga boleh merapatkan hubungan kekeluargaan .Ini pengalaman saya dan suami - ikhlas saya kongsikan bukan untuk mendabik dada, tapi sekadar berkongsi idea  . Kami bukan ibubapa yang  sempurna, tetapi kami ingin memperbaiki diri setiap masa.  Kita sudah biasa mengendalikan mesyuarat di pejabat - bermacam-macam jenis mesyuarat yang kita hadiri dan pengerusikan setiap hari. Apa kata - kita lakukan mesyuarat bersama anak-anak pula ?  Siapa yang setuju...Say I !
.
Pelajaran adalah salah satu dari cabang ilmu, sementara mengerjakan ibadah,  berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati orang lebih tua adalah berkenaan dengan emosi. Sebab itulah saya memang bersetuju dengan apa yang di ajar dan dikongsi oleh Dr Azizan Osman yang berpendapat bahawa salah satu ciri orang yang berjaya adalah orang yang ber ELMU,iatu EMOSI di gabungkan dengan ILMU. Tanpa ELMU yang tinggi, kita mungkin tidak boleh berjaya di dunia dan di akhirat.
Mungkin ramai yang akan berkata - amboi...kemain lagi menyamakan diri saya dengan Dr Azizan - Mentor No 1 di Asia. Tapi saya yakin, untuk berjaya dalam bidang yang saya minati ini, pemikiran saya perlu setaraf dengan mereka -mereka yang hebat. Nak jadi orang hebat, kita perlu bergaul dan berfikir cara orang hebat. Bak kata Datuk Roslan yang sangat saya hormati kerana kata-kata dan ucapan yang selalu mengajak kita untuk berfikir - Berkawanlah dengan helang jika kita ingin terbang tinggi..Melihatlah dari mata burung...bukan dari mata tempurung... Selama 22 tahun berkecimpung dan bekerja dengan syarikat gergasi , pada awalnya saya rasa ilmu saya sudah cukup banyak dan cukup hebat. Tetapi semakin saya mendalami ilmu dan elmu, semakin saya rasakan masih banyak yang saya perlu pelajari. Apabila menghadiri seminar-seminar Dr Azizan, semakin banyak elmu yang di pelajari , dan saya sedar betapa banyak yang saya tidak tahu sebelum ini...atau mungkin tahu...tapi tidak betul-betul ambil tahu. Bila saya bernekad untuk meneruskan perjuangan dan niat membantu lebih ramai orang, membantu menambah nilai hidup lebih ramai orang, saya menubuhkan syarikat Knowledge Enrichment Consultancy - kerana bagi saya Penambahan Elmu amat penting bagi setiap orang. Selagi kita di bumi Allah ini, selagi itulah kita perlu tambahkan elmu kita. Saya percaya whatever faith you believe, semua bersetuju mengatakan ELMU ( Emosi dan Ilmu ) penting bagi setiap orang. Pada Fasa pertama ini, saya akan menimba elmu sebanyak mungkin...dan bercadang untuk mengadakan Seminar pertama saya akhir November setelah saya pulang mengerjakan Haji ( InsyaAllah...sehingga saat ini saya masih menunggu keputusan samada Visa Haji saya di luluskan ).
Saya mengharapkan doa semua supaya saya dan suami dapat menunaikan Haji pada tahun ini, walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hari Wukuf...saya yakin janji Allah itu benar....sekiranya Visa kami lulus, Alhamdulillah....Tetapi sekiranya permohonan Visa kami tidak diluluskan, mesti ada hikmah di sebaliknya. Kami redha...dan bersyukur di atas setiap ketentuanNya.

Selamat Malam semua...Love You All....

No comments:

Post a Comment