Friday 4 October 2013

My Story...Roslaila Puspa Deraman ..Pt 6

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seorang penyair mengatakan:
Ketika kulihat uban telah mulai menghiasi jambang dan kepalaku
Aku katakan kepadanya " Selamat Datang "
Seandainya ku takut...
Pasti tidak kuucapkan salam itu kepadanya
Walaupun aku mengusirnya
Bencana itu tidak mungkin menjauh dariku,
Namun bila seorang boleh menerima apa pun kejadian yang tak disenanginya..
Maka pada suatu hari nanti
Bencana itu akan pergi dengan sendiri.....

Syair ini saya petik dari buku La Tahzan yang saya baca semasa mula-mula kehilangan kerja. Memang benar apa yang dikatakan penyair....kita tdak boleh menolak takdir. Terimalah dengan dada yang lapang  dan hati yang terbuka. Alhamdulillah ...dari hari ke hari...saya semakin redha dengan ketentuan Allah ....malahan mensyukuri setiap nikmat yang diberikan Allah kepada saya. Pernahkah kita menulis dan menyenaraikan apa yang kita ada ???. Seringkali kita hanya melihat kepada banyak benda yang kita tak punya...kita tak punya kereta besar...kita tak punya rumah mewah ...suami kita tak kaya...anak-anak kita tak pandai....Ini yang selalu menyebabkan kita hidup resah gelisah...Seringkali bila memandu kereta , saya dapati ramai yang memandu secara terburu-buru, cuba mencelah dari lane ke lane yang lain, memotong dan membunyikan hon sesuka hati...sebenarnya apa yang di cari ?

Hari ini saya membawa anak-anak menjamu selera di Chicken Rice Shop. Sudah lama saya tidak ke sini kerana semenjak berhenti kerja , saya lebih suka memasak di rumah. Mencuba berbagai resipi kegemaran keluarga seperti Nasi Kerabu, Lontong,  Gulai Darat Daging - resipi arwah bonda saya yang kini menjadi kegemaran suami, singgang tulang rawan, asam pedas ikan jenahak,  masak lemak tulang ikan kurau dengan nenas, sambal ikan bilis bersama jering, masak lemak tempoyak pucuk ubi dengan petai. Memang kami sekeluarga suka masakan kampung. Saya katakan pada anak-anak, resipi ini kalau tak dipelajari, lama kelamaan ianya akan pupus . Jadi saya jadikan hari minggu hari kelas memasak untuk anak-anak. Ramai remaja sekarang tidak tahu memasak masakan kampung dan masakan tradisional. Mereka hanya tahu memasak Pasta ...Chicken Chop ...Fish and Chips...Takkan setiap hari nak hidang makanan barat untuk suami ? Kalau dapat suami yang berasal dari kampung - macam mana ? Takkan hari-hari makan pasta dan spaghetti ? Arwah bonda saya selalu mengingatkan - Jaga suami melalui perut. Dulu- dulu saya kurang faham . Lama kelamaan , saya mulai faham - Pikat lah hati suami dengan makanan yang di gemarinya.  Isteri yang pandai memasak akan berjaya memikat hati suami kerana suami akan sentiasa makan di rumah. Siapa di sini yang setuju dengan saya...Say I !!!

Semasa masih bekerja dulu, rakan- rakan sepejabat dan anak-anak buah  memang tahu  minat saya yang mendalam tentang masakan dan makanan.  Pernah suatu ketika dulu semasa kami dalam perjalanan ke Cameron Highlands , saya bersama Rosnah Hashim, Nik Izhar dan Burn ditugaskan untuk menjalankan recce di Cameron Highlands kerana Syarikat bercadang mengadakan Seminar Usahawan untuk beratus usahawan yang berjaya . Bila bergerak sahaja MPV yang kami naiki, saya mula  bercerita tentang masakan apa yang saya suka masak di rumah. Dari rendang hinggalah ke berbagai resipi yang enak-enak.  Bila nampak pokok-pokok ubi kayu di lereng-lereng bukit , saya akan memberi resipi masakan pucuk ubi bersama tempoyak yang saya pelajari dari ibu mertua. Kemudian kami ternampak pulak rebung yang di jual oleh orang-orang Asli ...maka terkeluarlah pula resipi masak lemak rebung bersama perut lembu. Dari satu resipi ke resipi yang lain sehinggalah tidak sedar  kami sudahpun sampai ke puncak Cameron Highlands !!! Perjalanan yang jauh tidak terasa apabila kita bersama sahabat-sahabat yang satu kepala...satu hati...satu jiwa... Memang seronok...Tapi kini ...semua itu tiada lagi...

Apabila kami keluar menghadiri mesyuarat-mesyuarat di hotel-hotel bertaraf berbintang-bintang, saya hanya makan di hotel hanya untuk sehari dua sahaja. Saya akan bertanya dengan staf-staf hotel tempat-tempat makan yang sedap di sekitar hotel kerana saya memang ingin mencuba masakan tempatan. Dari Perlis hinggalah ke Sabah...boleh dikatakan saya tahu di mana tempat-tempat makan yang sedap-sedap. InsyaAllah , dengan izin Allah, kajian PhD saya juga ada kena dengan makanan. Saya masih ingat semasa kami menghadiri mesyuarat di Seremban, dan kebetulan berdekatan dengan hotel ada sebuah restoren yang terkenal yang menyajikan lauk pauk asli Negeri Sembilan seperti masak lemak daging rusa, masak lemak daging salai, masak lemak otak lembu dan banyak lagi hidangan yang menyelerakan. Hampir setiap hari saya dan rakan -rakan akan makan tengahari di situ . Dengan cara itu juga saya boleh merapatkan hubungan antara saya dan Team kerana saya yakin -  Pasukan yang berjaya adalah pasukan yang bekerja bersama, ketawa bersama, makan bersama dan sanggup menangis bersama......

Saya rasakan dulu  kami seperti sebuah keluarga yang besar...Sebagai Ketua Jabatan...saya tanamkan semangat team work dan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat. Banyak kenangan-kenangan manis saya bersama sahabat-sahabat dan anak-anak buah yang saya akan simpan di sanubari . Sememangnya saya rindu suasana bersama mereka, hilai tawa.  ....Saya doakan semua sahabat saya ....anak-anak buah saya .....sentiasa di dalam lindungan Allah, mendapat kebahagian, kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat...

Selamat Malam ....


1 comment:

  1. Salam K.puspa...terima kasih berkongsi cerita. Coretan k.puspa menjadi satu Semangat Kejayaan utk terus Berjuang di dlm Syarikat No 1ini.

    ReplyDelete