Thursday 3 October 2013

My Story...Roslaila Puspa Deraman Pt 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini bermula siri physioteraphy Nina berjumpa Hj Zubir di Beranang.  Alhamdulilllah nampak sedikit improvement. Bila Nina senyum, bibir, pipi dan mata kiri nya nampak bergerak sedikit. Dalam saat- saat begini , baru saya sedar betapa besarnya pergerakan dan improvement yang berlaku walaupun  setakat 1 milimeter !!! Semuanya menjadi ukuran !!!!! Allahu Akbar !!! Semakin saya yakin setiap dugaan yang menimpa adalah menguji tahap keimanan kita.  Semasa berada di rumah Hj Zubir , saya dapat melihat betapa ramai yang ditimpa ujian. Ada yang datang dengan kerusi roda, ada yang datang dengan wayar didalam  hidung, ada yang bertongkat, ada yang di papah, yang jalannya terenjut- enjut menahan kesakitan. Malahan ramai juga yang tidak dapat berjalan dan Hj terpaksa pergi ke kereta untuk merawat di kereta ! Pada saat dan ketika itu, rasa syukur yang amat sangat saya rasai...masa kan tidak...saya sedar dugaan yang saya terima selama ini amat sedikit jika dibandingkan dengan ujian yang diberi kepada orang lain. Saya masih diberi kesihatan yang baik- boleh memandu ke hulu ke hilir menghantar dan mengambil anak ke sekolah , membawa anak untuk berubat dan masih boleh menulis setiap hari supaya tulisan saya ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada sahabat-sahabat yang sudi membacanya. Apa yang penting ( selain kerjasama....) kita tidak boleh putus asa . Walau seteruk manapun ujian yang menimpa, kita harus terus berusaha dan berikhtiar . Tiba-tiba saya teringat kepada seorang jejaka berhati sangat mulia yang di perkenalkan oleh K Aminah Taharim - seorang Usahawan Hebat dari Utara semasa saya masih bekerja dengan syarikat.. Jejaka ini tidak berkahwin dan bekerja di sebuah kilang . Apa yang istimewanya jejaka ini adalah pengorbanan beliau untuk menjaga 3 orang wanita - kalau tak silap saya seorang ibu dan 2 kakak yang semuanya hanya terlantar di pembaringan- tidak dapat bergerak. SubhanAllah. Setiap hari jejaka ini akan bangun awal untuk memandikan ke tiga-tiga kakaknya dan memasak. Kemudian bergegas untuk ke kilang . Waktu rehat sejam pada tengahari beliau akan bergegas pulang untuk menyuapkan makanan untuk ke tiga-tiga wanita ini sehinggakan kadang - kadang tidak sempat untuk makan untuk diri sendiri. Betapa mulianya hati jejaka ini. Betapa mulianya hati beliau. Saya pasti besar ganjaran yang akan diterimanya di sana. K Aminah terdetik untuk mengajak beliau untuk berjual supaya beliau dapat menjana pendapatan lebih bagi membeli keperluan seperti lampin pakai buang yang kos nya memang tinggi. Tahniah K Aminah kerana berusaha membantu insan hebat ini. SEmoga ini akan menjadi contoh kepada lebih ramai lagi. Sebagai manusia, setiap dari kita mampu untuk melakukan sesuatu bagi membantu insan lain. Saya pernah kongsi cerita ini dengan Usahawan - Usahawan Syarikat  semasa memberi ucapan di salah satu mesyuarat penting . Saya memberi ucapan sambil mengalirkan air mata dan sehingga hari ini semasa saya menulis tentang kisah ini... air mata saya masih mengalir deras mengenangkan semua insan hebat yang pernah hadir dalam hidup saya...yang memberi inspirasi untuk saya terus menulis untuk berkongsi dengan lebih ramai pembaca. Cuba kita buat reflection untuk diri sendiri...jika kita rasa kita tidak bernasib baik, lihat sekeliling kita..Kalau kita rasa kita tidak bernasib baik , hanya memandu kereta Kanc...cuba lihat mereka yang terpaksa mengutip sampah bagi mencari nafkah, kalau kita rasa kita tidak bernasib baik...tidak dinaikkan pangkat walaupun bekerja bersungguh-sungguh, bandingkan dengan yang terpaksa mencuci tandas setiap hari. .Saya pernah menangis berhari-hari apabila diberi 'rating' yang paling rendah untuk prestasi tahunan oleh Orang No 1 Syarikat. Suami saya sedarkan saya sambil berkata...Biarlah buruk di mata Boss...jangan buruk di mata Allah. Terima kasih Suamiku....semoga kita akan terus bersama di dunia dan di akhirat.

Banyak perkara yang ingin saya kongsi dengan anda tentang apa yang saya pelajari dari   Dr Azizan Osman - Mentor Hebat No 1 Asia. Salah satu yang amat penting dan perlu kita lakukan dengan kadar segera adalah Sedekah. Saya ingin kongsikan tentang The Power of Sedekah yang saya alami sendiri baru-baru ini. Semasa sesi sharing dalam Seminar Advance Marketing Power, Ustaz Ashraff yang juga murid kepada Dr Azizan berkongsi bagaimana beliau beroleh rezeki yang banyak setelah beliau memberi sedekah kesemua duit yang beliau ada di dalam wallet selepas Solat Jumaat yang jumlahnya ratusan ringgt . Walhal pada saat itu, itulah kesemua duit yang beliau punyai - tetapi yakin Allah akan membantu, beliau pejamkan mata dan masukkan kesemua duitnya dalam tabung masjid dan bergegas keluar . Pulang dari masjid , beliau terus ke pejabat dan alangkah terkejutnya beliau kerana mendapat email mengatakan seorang Hamba Allah ingin membeli CD Al Quran yang di jualnya pada kuantiti yang amat banyak !!!!Betapa cepatnya Allah menggandakan rezekinya dengan bersedekah.  Mendengar pengalaman  Ustaz Ashraff, saya ingin mencuba sendiri...Pada Ramadhan yang lepas saya hanya memasukkan hanya beberapa ringgit setiap malam dalam Tabung Masjid dan meminta kelima-lima anak saya berbuat perkara yang sama setiap malam selepas mengerjakan Solat Terawih di Masjid. Pada masa yang sama saya juga telah berjinak-jinak dengan dunia saham. Setelah mengikuti Kelas Smart Investor Talk yang dikendalikan oleh Hj Asri - rakan baik Dr Azizan, saya membeli satu kaunter saham dan bertawakkal kepada Allah. Selepas Hari Raya , saya cuba tengok apa jadi dengan saham yang saya beli. Terkejut besar saya , dengan izin Allah, saya mendapat keuntungan berlipat ganda !!! Alhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah. Saya benar-benar yakin sekarang , jika kita ikhlas bersedekah...rezeki kita akan bertambah. Jangan kita marah bila ada orang datang kepada kita untuk meminta sedekah...biarlah dia kanak-kanak Myanmar....ataupun pemuda tempang yang berkeliaran di pasar-pasar malam, mahupun Mak Cik dan Pak Cik yang menjual keropok di meja-meja makan....berilah sekadar mampu...usah persoalkan..betul ke ni ...entah-entah sindiket...berilah sekadar mampu. Bila mereka datang kepada kita... Kita sebenarnya telah dipilih Allah untuk berpeluang mendapat rezeki yang lebih...Insya Allah..... Bagi yang bukan Muslim, saya pasti and juga have the same belief...

Selamat Memberi....kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima....Love You All...

1 comment: